awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemelut Sri Lanka: Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe umum sedia letak jawatan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
09/07/2022
16:12 MYT
Kemelut Sri Lanka: Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe umum sedia letak jawatan
Wickremesinge berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira soal keselamatan serta memastikan pemerintahan yang lebih stabil buat Sri Lanka. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR : Kemelut dan krisis ekonomi yang melanda Sri Lanka semakin memuncak apabila Perdana Menterinya, Ranil Wickremesinghe mengumumkan sedia untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Keputusan tergempar yang dibuat Sabtu itu dibuat susulan tindakan Presiden Gotabaya Rajapaksa yang terpaksa melarikan diri berikutan kediaman rasminya di Colombo diserang kumpulan penunjuk perasaan.
Wickremesinghe menerusi hantaran di Twitter menyatakan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira soal keselamatan serta memastikan pemerintahan yang lebih stabil buat Sri Lanka.
Kemarahan orang ramai disebabkan krisis ekonomi yang terburuk melanda Sri Lanka mengakibatkan anggota keselamatan gagal untuk mengawal protes yang menyasarkan kediaman Rajapaksa.
Difahamkan, Rajapaksa telah meninggalkan kediaman rasminya sejak Jumaat sebaik sahaja mengetahui rancangan protes terbabit selain memikirkan soal keselamatan.
Bagaimanapun, menurut laporan Reuters, keberadaan Rajapaksa ketika ini masih tidak diketahui manakala Wickremensinghe dikatakan telah ditempatkan di satu lokasi yang selamat.
Dalam pada itu, gesaan untuk meletakkan jawatan terhadap Rajapaksa turut disuarakan pihak pembangkang termasuk mantan Presidennya, Maithripala Sirisena sebelum Wickremensinghe membuat tawaran tersebut.
Sri Lanka yang telah diisytiharkan muflis dikatakan gagal membayar hutang luar berjumlah AS$51 bilion (RM226 bilion) kini sedang membuat rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi mendapatkan dana.
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#letak jawatan
#Penunjuk perasaan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan