DUNIA
Kemenangan Mamdani lambang harapan, bukan ketakutan - Datuk Bandar London
Sadiq Khan menyifatkan kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York sebagai satu pilihan rakyat yang berpaksikan “harapan, bukan ketakutan” serta “perpaduan mengatasi perpecahan.” - Gambar Reuters
LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan menyifatkan kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York sebagai satu pilihan rakyat yang berpaksikan “harapan, bukan ketakutan” serta “perpaduan mengatasi perpecahan.”
Dalam temu bual bersama podcast Global Story terbitan BBC, Khan berkata, keputusan rakyat New York memilih Mamdani menunjukkan bahawa nilai-nilai inklusif dan progresif masih menjadi pegangan utama di bandar-bandar besar dunia.
“Pengundi di New York telah membuat pilihan yang jelas - mereka memilih harapan berbanding ketakutan, dan perpaduan berbanding perpecahan,” kata Khan sambil mengucapkan tahniah kepada Mamdani atas kejayaan bersejarahnya.
Khan turut berkongsi bahawa beliau belum sempat berbicara secara langsung dengan Mamdani, namun telah menghantar mesej ringkas.
“Saya tahu dari pengalaman sendiri, selepas menang pilihan raya, anda akan dibanjiri ribuan mesej. Saya yakin beliau akan membalas apabila tiba masanya. Mungkin sekarang pun beliau sedang tidur, dan itu memang wajar,” katanya sambil berseloroh.
Mengulas kenyataan beberapa tokoh konservatif Amerika yang menjadikan pentadbiran beliau sebagai “kisah amaran” semasa kempen menentang Mamdani, Khan berkata: “Salah satu perkara yang saya pelajari sejak kecil ialah, jika ada yang cuba membuli anda, berdirilah dan lawan.”
Beliau menambah, gerakan politik tertentu cuba membuli golongan minoriti dan pengundi, termasuk Mamdani dan dirinya sendiri.
“Saya gembira kerana mereka gagal - baik di London mahupun di New York.”
Khan turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan jangka panjang retorik politik yang bersifat perkauman dan Islamofobia.
“Bukan saya atau Mamdani yang paling terkesan - kami sudah biasa dan tabah. Tapi bayangkan jika anda seorang minoriti yang sedang mempertimbangkan untuk menyertai politik.
"Bayangkan jika anda seorang Muslim Amerika atau Muslim London yang bangga dengan identiti anda. Keluarga anda mungkin akan melarang anda daripada tampil ke depan, daripada berkhidmat kepada masyarakat. Itu sangat menyedihkan.”
Merujuk kepada hubungan tegang beliau dengan Presiden Donald Trump, Khan berkata secara sinis:
"Saya mungkin sering menjadi fokus dalam kenyataan Presiden Donald Trump, namun saya boleh tegaskan bahawa beliau tidak menjadi perhatian utama saya."