awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen pilihan raya diunjur jana US$3.5 bilion untuk ekonomi Thailand

Bernama
Bernama
23/03/2023
21:00 MYT
Kempen pilihan raya diunjur jana US$3.5 bilion untuk ekonomi Thailand
Thanawat Polvichai berkata, ekonomi Thailand dijangka berkembang tiga hingga empat peratus tahun ini. - Gambar UNSPLASH/fail
BANGKOK: Kempen sempena pilihan raya Thailand yang akan datang diunjur menjana sehingga 120 bilion THB (US$3.5 bilion) untuk ekonomi, menurut Pusat Unjuran Ekonomi dan Perniagaan Universiti Dewan Perniagaan Thailand.
Pengarah pusat itu Thanawat Polvichai berkata parti politik sedang giat berkempen untuk mendapatkan undi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian pada 14 Mei.
"120 bilion THB yang dijana semasa berkempen akan mendorong KDNK Thailand meningkat sebanyak empat peratus pada suku kedua," lapor Agensi Berita Vietnam memetik kenyataan Thanawat.
Beliau berkata ekonomi Thailand dijangka berkembang tiga hingga empat peratus tahun ini.
Bagaimanapun, menurut Thanawat, peningkatan kos pengeluaran dan inflasi boleh menjejaskan keuntungan dan mudah tunai sektor perniagaan walaupun ekonomi dipercayai meningkat pada separuh kedua tahun ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#pilihan raya
#Thailand
#Inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan