DUNIA
Kemudahan nuklear stabil selepas gempa bumi Rusia - IAEA
Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) kekal stabil selepas gempa bumi kuat melanda perairan timur Rusia. - Gambar fail/ Reuters
VIENNA: Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memaklumkan bahawa keadaan di kemudahan nuklear di sepanjang pantai Pasifik Jepun serta Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) kekal stabil selepas gempa bumi kuat melanda perairan timur Rusia, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam satu kenyataan di platform X memaklumkan bahawa pihaknya terus berhubung dengan pihak berkuasa di Jepun berhubung kejadian gempa bumi dan tsunami yang tercetus.
Menurut penilaian awal, tiada kesan keselamatan dikesan ke atas loji kuasa nuklear di sepanjang pantai Pasifik Jepun, menurut IAEA.
Bagi kemudahan di ZNPP, pasukan IAEA mengesahkan tiada perubahan dikesan membabitkan paras radiasi di tapak berkenaan, menurut Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- IAEA memaklumkan keadaan di loji nuklear Jepun dan Zaporizhzhia kekal stabil selepas gempa bumi kuat melanda perairan timur Rusia, tanpa kesan keselamatan dikesan setakat penilaian awal.
- Agensi itu terus berhubung dengan pihak berkuasa Jepun dan mengesahkan tiada perubahan paras radiasi di tapak ZNPP, menurut Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi.
- Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan keselamatan kemudahan nuklear, termasuk dalam situasi bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami.