[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

"Kenaikan tarif akan jauh lebih besar daripada jangkaan" - Pengerusi Fed AS

Bernama 05/04/2025 | 11:17 MYT
Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat Jerome Powell berkata pada Jumaat "kenaikan tarif akan jauh lebih besar daripada jangkaan." - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat Jerome Powell berkata pada Jumaat "kenaikan tarif akan jauh lebih besar daripada jangkaan."
Powell menyuarakan pandangan itu dalam ucapan pada Persidangan Tahunan Persatuan untuk Memajukan Penyuntingan dan Penulisan Perniagaan (Society for Advancing Business Editing and Writing) di Arlington, Virginia, lapor Xinhua.
"Walaupun ketidaktentuan masih tinggi, kini semakin jelas bahawa kenaikan tarif akan jauh lebih besar daripada yang dijangka. Perkara sama juga mungkin berlaku terhadap kesan ekonominya, termasuk peningkatan inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Namun, saiz dan tempoh kesan itu masih belum dapat dipastikan," katanya.
Walaupun tarif berkemungkinan besar akan menyebabkan sekurang-kurangnya peningkatan inflasi secara sementara, tidak mustahil kesannya mungkin lebih berpanjangan," kata beliau lagi.
Kenyataan Powell itu dibuat ketika pasaran saham AS menyaksikan kejatuhan mendadak pada Jumaat susulan kebimbangan terhadap perang perdagangan global berikutan tindakan Presiden Donald Trump mengenakan tarif besar-besaran terhadap rakan dagang AS.
--BERNAMA-XINHUA
#kenaikan tarif #Amerika Syarikat #Pengerusi Fed Jerome Powell #tarif AS