DUNIA
AS kenakan sekatan baharu terhadap rangkaian minyak Iran
Amerika Syarikat pada Khamis mengumumkan sekatan baharu menyasarkan rangkaian perkapalan dan penerbangan yang didakwa terlibat dalam perdagangan petroleum haram Iran. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Khamis mengumumkan sekatan baharu menyasarkan rangkaian perkapalan dan penerbangan yang didakwa terlibat dalam perdagangan petroleum haram Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Jabatan Negara AS.
Tindakan bersepadu oleh Jabatan Negara dan Jabatan Perbendaharaan itu bertujuan memutuskan aliran pendapatan yang didakwa Washington digunakan untuk membiayai aktiviti "memudaratkan" kerajaan Iran, termasuk sokongan kepada proksi serantau serta pemerolehan sistem senjata yang didakwa mengancam pasukan dan sekutunya.
Jabatan Negara berkata, ia menyenarai hitam 17 entiti, individu dan kapal di beberapa negara termasuk India, Panama dan Seychelles kerana didakwa memudahcara penjualan petroleum dan produk petroleum Iran.
Jabatan Perbendaharaan pula mengenakan sekatan ke atas 41 lagi entiti, individu, kapal dan pesawat, sekali gus memperhebat usaha menyekat apa yang digambarkan sebagai eksport petroleum dan petrokimia haram Iran serta rangkaian kewangan yang didakwa menyokongnya.
-- BERNAMA