DUNIA

AS kenakan sekatan terhadap Pelapor Khas PBB isu Palestin

Bernama 10/07/2025 | 06:20 MYT
Francesca Albanese dituduh melakukan "usaha yang tidak sah dan memalukan" bagi menggalakkan tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pegawai, syarikat dan eksekutif dari AS dan Israel. - Gambar/ Reuters
LOS ANGELES: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengumumkan sekatan terhadap seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan peranannya dalam menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia melibatkan rakyat Palestin, lapor Xinhua.


Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap Francesca Albanese, Pelapor Khas Majlis Hak Asasi Manusia PBB, kerana peranannya dalam menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.
  • Sekatan itu dibuat atas tuduhan menggalakkan tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap pegawai dan syarikat dari AS dan Israel, yang dianggap sebagai usaha tidak sah oleh Washington.
  • Tindakan ini berasaskan perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden Donald Trump pada Februari, yang memberi kuasa kepada kerajaan AS untuk menghukum ICC atas siasatan terhadap AS dan Israel.


Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata, sekatan itu dikenakan terhadap Pelapor Khas Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Francesca Albanese yang dituduh melakukan "usaha yang tidak sah dan memalukan" bagi menggalakkan tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pegawai, syarikat dan eksekutif dari AS dan Israel.

Langkah itu menandakan usaha terbaharu Washington menghalang siasatan antarabangsa berhubung dakwaan jenayah perang oleh Israel dalam operasi ketenteraannya yang berterusan di Gaza.

Sekatan dibuat susulan satu perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden AS Donald Trump pada Februari lalu, memberi kuasa kepada kerajaan untuk melaksanakan tindakan hukuman terhadap ICC atas apa yang digambarkan oleh pentadbirannya sebagai "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan Israel.

-- BERNAMA




#Israel #AS #Francesca Albanese #PBB