awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kenakan tarif 100 peratus ke atas filem buatan luar negara - Trump

Bernama
Bernama
29/09/2025
15:45 MYT
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas filem buatan luar negara - Trump
Trump secara khusus mengkritik California dan Gabenornya Gavin Newsom, dengan mengatakan negeri itu "dengan gabenornya yang lemah dan tidak cekap, terjejas teruk" akibat persaingan asing dalam pembuatan filem. - Gambar fail Reuters/Al Drago
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada Isnin beliau akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem yang dibuat di luar Amerika mendakwa industri perfileman negara itu "dicuri" oleh negara lain, lapor Anadolu Ajansi.
"Perniagaan pembuatan filem kita dicuri dari Amerika Syarikat, oleh negara lain, sama seperti mencuri 'gula-gula daripada bayi'," menurut catatan Trump di platform media sosialnya, Truth Social.
Beliau secara khusus mengkritik California dan Gabenornya Gavin Newsom, dengan mengatakan negeri itu "dengan gabenornya yang lemah dan tidak cekap, terjejas teruk" akibat persaingan asing dalam pembuatan filem.
Los Angeles, California adalah lokasi Hollywood, hab industri filem dan televisyen AS.
"Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan ini, saya akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas mana-mana filem dan semua filem yang dibuat di luar Amerika Syarikat," kata Trump.
Pengumuman itu mewakili satu lagi perluasan dasar tarif Trump semasa penggal kedua beliau memegang jawatan, yang digunakan secara meluas sebagai sebahagian agenda "Jadikan Amerika Hebat Kembali" .
Trump mengenakan tarif ke atas pelbagai sektor dan negara sejak kembali ke Rumah Putih pada Januari, menggunakan alat perdagangan itu untuk menekan pesaing asing dan sering mengganggu pasaran AS dan antarabangsa dalam proses itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Hollywood
#Rumah Putih
#industri filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan