DUNIA

Kenegaraan Palestin adalah hak, bukan ganjaran - Setiausaha Agung PBB

Bernama 23/09/2025 | 07:15 MYT
Guterres secara tidak langsung mengkritik Amerika Syarikat kerana menafikan visa kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan rombongannya. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyambut baik pengiktirafan terhadap Negara Palestin oleh beberapa negara, lapor agensi berita Jerman dpa.


Ringkasan AI
  • Antonio Guterres menyambut baik pengiktirafan terhadap Negara Palestin oleh beberapa negara anggota PBB, sambil menegaskan bahawa kenegaraan rakyat Palestin adalah hak, bukan ganjaran.
  • Beliau mengalu-alukan sokongan terhadap penyelesaian dua negara yang dianjurkan dalam persidangan di New York oleh Perancis dan Arab Saudi, sebagai langkah penting ke arah keamanan di Asia Barat.
  • Guterres turut menyatakan rasa kecewa terhadap tindakan Amerika Syarikat yang menafikan visa kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan delegasinya, sekali gus menghalang penyertaan penuh mereka dalam persidangan tersebut.


"Jelas di sini, kenegaraan bagi rakyat Palestin adalah hak, bukan ganjaran," kata diplomat dari Portugal itu pada satu persidangan di New York mengenai penyelesaian dua negara untuk Asia Barat, yang dianjurkan oleh Perancis dan Arab Saudi.

"Saya mengalu-alukan langkah yang diambil banyak negara anggota untuk menggerakkan sokongan kepada penyelesaian dua negara, termasuk komitmen mengiktiraf negara Palestin," kata Guterres.

Beliau juga secara tidak langsung mengkritik Amerika Syarikat kerana menafikan visa kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan rombongannya.

"Saya juga ingin mengiktiraf delegasi Palestin dan sekali lagi menyatakan rasa kecewa kerana mereka dinafikan peluang untuk diwakili sepenuhnya," katanya.

-- BERNAMA



#Genosid Gaza #PBB #Antonio Guterres #pengiktirafan Palestin