GENEVA: Forum Ekonomi Dunia (WEF) tidak akan membuat sebarang perubahan pada barisan kepimpinannya dan ketua bersama André Hoffmann dan Larry Fink bersedia untuk kekal dalam peranan mereka,” kata Hoffmann kepada Süddeutsche Zeitung Jerman dalam kenyataan yang diterbitkan pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.
Beliau berkata kedua-dua pemimpin itu telah menggugurkan jawatan "interim" dan akan "masih memegang jawatan sebagai ketua pada Januari depan."
Advertisement
Hoffmann, yang mewakili keluarga pengasas pembuat ubat Switzerland, Roche, dan Fink, ketua firma pelaburan Amerika Syarikat BlackRock, mengambil alih kepimpinan tahun lepas berikutan pengasas WEF Klaus Schwab melepaskan jawatan itu.
WEF pada mulanya menyatakan ia akan mencari pengganti tetap.
Hoffmann berkata terlalu banyak perubahan dalam tempoh yang singkat tidak akan membantu kestabilan institusi itu.
WEF mengadakan mesyuarat tahunannya di Davos, menghimpunkan tokoh terkemuka daripada sektor perniagaan, politik, sains dan masyarakat sivil termasuk Presiden AS Donald Trump.
Forum berkenaan dianjurkan oleh sebuah yayasan.
-- BERNAMA-dpa