DUNIA
Kepresidenan Palestin sambut baik undian UNGA gesa penghentian segera serangan Israel
Dalam kenyataan sejurus selepas pengundian, Kepresidenan Palestin merakamkan penghargaan kepada 149 negara yang menyokong resolusi UNGA tersebut. - Foto Palestinian Presidency
RAMALLAH: Kepresidenan Palestin menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang meluluskan resolusi bagi mendesak penghentian segera serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Resolusi itu turut mengecam penggunaan kebuluran sebagai senjata, menggesa penamatan sekatan Israel yang menghalang bantuan kemanusiaan serta menekankan keperluan kebertanggungjawaban bagi memastikan Israel, selaku kuasa pendudukan, mematuhi undang-undang antarabangsa.
Dalam kenyataan sejurus selepas pengundian, Kepresidenan merakamkan penghargaan kepada 149 negara yang menyokong resolusi berkenaan. Ia menyatakan undian itu mencerminkan penolakan masyarakat antarabangsa terhadap serangan Israel, pengusiran paksa, pembunuhan dan kebuluran yang dikenakan ke atas rakyat Palestin.
Kenyataan itu menegaskan bahawa keputusan berkenaan selaras dengan pendirian Presiden Mahmoud Abbas bahawa keutamaan ketika ini ialah menghentikan perang genosid, memastikan kelancaran bantuan kemanusiaan, pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza, menghentikan tindakan unilateral Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa, serta memulakan proses politik ke arah pelaksanaan penyelesaian dua negara dan pengiktirafan antarabangsa terhadap negara Palestin berdasarkan resolusi PBB dan Inisiatif Keamanan Arab.
Kepresidenan turut memuji penekanan resolusi itu terhadap keperluan segera untuk mengambil langkah konkrit bagi memelihara kesatuan wilayah tanah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, serta penyatuan Gaza dan Tebing Barat di bawah tadbir urus Pihak Berkuasa Palestin.
Kepresidenan menegaskan bahawa resolusi ini membuktikan majoriti besar komuniti antarabangsa menyokong rakyat Palestin dan perjuangan sah mereka, serta usaha kepimpinan Palestin di arena antarabangsa bagi menuntut hak untuk kebebasan, kemerdekaan dan pembentukan negara sendiri.
Menurut kenyataan itu lagi bahawa undian ini menghantar mesej jelas kepada Israel bahawa tindakannya yang berterusan semakin ditolak oleh sebahagian besar dunia. Ia turut menggesa negara-negara yang menyokong resolusi itu agar mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan Israel mematuhinya.
Akhir sekali, Kepresidenan Palestin menyatakan bahawa sokongan besar terhadap resolusi ini merupakan isyarat tegas kepada segelintir negara yang menolak resolusi itu supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka yang bertentangan dengan konsensus antarabangsa yang menolak pendudukan dan serangan berterusan terhadap rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini