awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepulangan Miss Universe 2015, Pia Alonzo, disambut ribuan rakyat Filipina

Agensi
Agensi
25/01/2016
14:22 MYT
Kepulangan Miss Universe 2015, Pia Alonzo, disambut ribuan rakyat Filipina
Wurtzbach diarak penuh meriah di sepanjang jalan yang sesak dengan para peminat dan penyokongnya. - Foto AFP
Pemenang pertandingan ratu cantik Miss Universe 2015, Pia Alonzo Wurtzbach, menerima sambutan kepulangan sebagai seorang wirawati negara apabila lebih 10,000 orang berkumpul bagi menyambut ketibaannya di sini.
Perarakan berwarna-warni itu adalah kemuncak sambutan selama seminggu itu bagi meraikan kemenangan Wurtzbach biarpun berlaku kesilapan apabila hos Steve Harvey telah mengumumkan nama pemenang yang salah iatu menobatkan Miss Columbia sebagai Miss Universe, sebelum membetulkannya.
Wurtzbach yang kembali membawa pulang gelaran Miss Universe untuk Filipina selepas tempoh 42 tahun, melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangannya itu.
Perarakan sambutan
Pia Alonzo
Suasana meriah menyambut kepulangan Pia Alonzo Wurtzbach di jalanan Manila. - Foto AFP
"Kami telah menunggu-nunggu tiara ini sejak sekian lama. Saya tidak fikir ramai orang tahu betapa pentingnya kemenangan Miss Universe ini kepada Filipina. Ia suatu penghormatan dan kebanggaan kepada negara," katanya kepada pemberita.
Wurtzbach, individu tidak asing lagi di Filipina kerana pernah berlakon dalam beberapa filem dan drama sebelum menyertai Miss Universe lantas memenanginya.
Anak kelahiran Jerman-Filipina itu juga bakal bertemu dengan Presiden Benigno Aquino bagi menerima pingat pada Kongres Filipina sebelum menghadiri konsert untuk meraikan kemenangannya.
Para pemenang pertandingan ratu cantik di Filipina lazimnya menjadi selebriti popular, dan kebanyakannya akan meneruskan kerjaya dalam bidang penyiaran dan peragaan.
Topic Berkaitan
#Miss Universe
#perarakan
#Pia Alonzo Wurtzbach
#sambutan kepulangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan