GEORGIA:Keputusan audit undi di Georgia mengesahkan calon Demokrat, Joe Biden sebagai pemenang dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 3 November lalu.
Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger berkata audit itu dilakukan selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan Biden mendahului Presiden Donald Trump sekitar 14,000 daripada lebih 5 juta undi yang berakhir dengan kemenangan Biden sebanyak 12,284 undi.
"Audit mengesahkan bahawa kiraan awal undi oleh mesin tepat menggambarkan pemenang pilihan raya.
"Perubahan pada jumlah undi juga masih dalam margin kesalahan manusia yang dijangka berlaku apabila mengira undi dengan tangan," katanya.
Biden ialah calon Presiden Demokrat pertama yang memenangi negeri Georgia selepas Bill Clinton pada tahun 1992.
Biden memperoleh 306 undi pilihan raya berbanding 232 oleh Trump dalam undi elektoral negeri yang menentukan pemenang pilihan raya.
Raffensperger dijangka akan mengesahkan kemenangan Biden secara rasmi pada Jumaat walaupun mendapat tekanan daripada Trump yang mendakwa berlaku penyelewengan dan penipuan di negeri-negeri yang beliau kalah kepada Biden termasuk Georgia.
Raffensperger dalam temu bual bersama stesen televisyen WSB-TV berkata kempen Trump tidak menghasilkan bukti untuk menyokong tuntutan penipuan di negeri itu.
"Kami tidak melihat bukti yang mereka berikan kepada kami, apa sahaja yang menyokong ia tidak ada," katanya.
Kempen Trump masih boleh meminta kiraan semula di Georgia setelah keputusan disahkan kerana margin kemenangan kurang dari 0.5 peratus.
Reuters
Fri Nov 20 2020

Keputusan audit undi di Georgia mengesahkan calon Demokrat, Joe Biden pemenang dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 3 November. -Reuters

AWANI Ringkas: Lanjutan pelepasan cukai SSPN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isi rumah penyumbang utama sisa makanan Malaysia
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata isi rumah Malaysia merupakan penyumbang utama sisa makanan dalam negara iaitu sebanyak 38 peratus. Hal ini kerana kurangnya perancangan berkaitan penyediaan makanan dan pengurusan sisa makanan tersebut.

Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, tegasnya memastikan pembaziran ini dihentikan adalah tanggungjawab semua pihak.

Peniaga perlu nilai jumlah sisa harian, rancang hari berikutnya
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata peniaga perlu menilai jumlah sisa makanan dan bukan makanan yang dihasilkan pada satu-satu hari. Seterusnya, mereka perlu merancang kuantiti bahan dihasilkan pada hari lain dengan menyesuaikan kepada permintaan pengguna.

55 peratus paip pecah berusia 30 tahun - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata berdasarkan statistik penyedia perkhidmatan air itu 55 peratus insiden paip pecah melibatkan paip berusia sekitar 30 tahun. Air Selangor memiliki jajaran paip sepanjang lebih kurang 30,000 kilometer yang digunakan sejak 1960-an, dan proses menggantikan paip usang ini giat dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia.

Asingkan bahan kering, basah panjangkan hayat makanan
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata tips paling mudah untuk peniaga memastikan kualiti makanan terjamin adalah dengan mengasingkan bahan kering dan basah dalam makanan yang dijual. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada pengguna untuk mengawal sendiri jumlah sebatian yang diingini dalam makanan mereka.

Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata statistik menunjukkan kadar pencemaran air menurun antara 2020 sehingga 2022. Lanjutan itu, pencemaran yang mengakibatkan gangguan bekalan air juga kecil bilangannya iaitu hanya 19 insiden berbanding 210 kes pencemaran air yang direkodkan dalam julat tahun berkenaan.

Agenda AWANI: Sisa makanan meningkat, elak pembaziran
Sisa makanan dijangka meningkat daripada kira-kira 17,000 tan metrik sehari pada bulan biasa kepada lebih 19,000 tan metrik sehari dalam bulan Ramadan. Bagaimana ini boleh dielakkan?

Agenda AWANI: Kelestarian Air | Apa 'plan' Air Selangor?
Air Selangor merupakan penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepada 9.1 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sejauh mana Air Selangor boleh terus memainkan peranannya bagi memastikan kelestarian ekosistem air pada masa akan datang?

New York tingkat langkah keselamatan meskipun ketidakpastian kes Trump
Penguatkuasa undang-undang di New York City mempertingkatkan langkah keselamatan di kawasan tumpuan selepas Trump baru-baru ini menjangkakan penahanan beliau pada Selasa.

Video Trump beri keterangan bersumpah didedah
Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan Pindaan Kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Amerika akan tamatkan darurat kesihatan awam COVID-19 pada 11 Mei
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pada Isnin pihaknya merancang untuk menamatkan darurat kesihatan awam (PHE) COVID-19 pada 11 Mei.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump akan runding tamatkan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam
Donald Trump mendakwa konflik di Ukraine tidak akan berlaku sekiranya beliau masih memegang jawatan presiden.

Meta akan pulihkan semula akaun Facebook, Instagram Trump
Meta pada Rabu mengumumkan syarikat itu akan memulihkan akaun Facebook dan Instagram bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Rusuhan ganas Capitol: 350 suspek masih diburu
Seramai 950 suspek telah ditahan selepas dua tahun insiden pencerobohan ganas oleh penyokong bekas Presiden AS Donald Trump.

Kanye West mahu bertanding Presiden AS
West yang turut menggunakan nama Ye, menyiarkan simbol dalam ciapan di Twitter dengan 'Ye' dan nombor 24.

Kes rogol: Trump kena saman kali kedua
Carroll adalah antara orang pertama yang mengemukakan tuntutan undang-undang di bawah Akta Orang Dewasa Terselamat.

Akaun twitter Donald Trump 'hidup' semula
Elon Musk memaklumkan akaun Donald Trump telah dikembalikan semula selepas menjalankan tinjauan pendapat di mana pengguna menyokong langkah itu.