DUNIA
Keputusan Fed: Powell dan FOMC kekalkan kadar faedah walaupun ditekan Trump
Keputusan Fed ini menyebabkan pelabur mengurangkan jangkaan mereka terhadap kemungkinan penurunan kadar pada September, daripada hampir 70 peratus kepada kurang 50 peratus. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Bank Pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan (Fed), mengekalkan kadar faedah penanda arasnya buat kali kelima berturut-turut pada kadar 4.25 peratus hingga 4.50 peratus, pada Rabu.
Ringkasan AI
Keputusan itu sekali gus mengecewakan Presiden Donald Trump yang sebelum ini menggesa agar kadar faedah segera diturunkan secara drastik.
Pengerusi Fed, Jerome Powell, menegaskan bahawa fokus utama bank pusat ketika ini adalah mengawal inflasi, bukan menuruti tekanan politik berkaitan pinjaman kerajaan atau kadar faedah perumahan.
Menurut Powell, Fed masih berada di peringkat awal dalam memahami kesan perubahan dasar import dan langkah-langkah lain oleh pentadbiran Trump terhadap inflasi, pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.
Beliau menambah bahawa terdapat banyak data ekonomi penting yang akan dikumpulkan menjelang mesyuarat dasar Fed seterusnya pada 16 hingga 17 September, namun belum ada jaminan data itu akan cukup meyakinkan untuk mendorong pemotongan kadar.
"Selagi ekonomi AS berada dalam keadaan kukuh, kami percaya langkah yang bijak adalah untuk menunggu dan mempelajari lebih lanjut serta melihat apakah kesan-kesan yang mungkin timbul," tambahnya.
Kenyataan Powell itu menyebabkan pelabur mengurangkan jangkaan mereka terhadap kemungkinan penurunan kadar pada September, daripada hampir 70 peratus sebelum mesyuarat Fed kepada kurang 50 peratus selepas sidang media tersebut.
Keputusan mengekalkan kadar dibuat melalui undian 9–2 oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
Dua gabenor iaitu Michelle Bowman dan Christopher Waller memilih untuk menurunkan kadar sebanyak 0.25 mata peratusan.
"Sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan pelarasan kadar dasar.
"Saya menyokong penuh cadangan agar kita mula memikirkan tentang pemotongan kadar dasar pada mesyuarat akan datang, kerana kita tidak mahu menunggu sehingga pasaran pekerjaan merosot sebelum bertindak," kata mereka.
Ini adalah kali pertama dalam lebih 30 tahun dua gabenor Fed tidak sehaluan dengan keputusan majoriti.
Sementara itu, kenyataan dasar Fed menyebut kadar pengangguran kekal rendah pada 4.1 peratus dan pasaran buruh berada dalam keadaan “kukuh”, manakala inflasi kekal sedikit tinggi.
Fed juga menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi "telah sederhana" pada separuh pertama tahun ini, tetapi risiko terhadap sasaran pekerjaan dan inflasi masih tinggi dan tidak menentu.
Powell menekankan bahawa dasar monetari ketika ini kekal pada tahap "agak ketat" dan tiada keputusan telah dibuat berkenaan langkah pada September.
Ringkasan AI
- Rizab Persekutuan kekalkan kadar faedah antara 4.25 4.50 peratus buat kali kelima berturut-turut, meskipun tekanan politik daripada Presiden Trump yang mahukan pemotongan kadar segera.
- Pengerusi Fed, Jerome Powell, tegaskan fokus utama adalah kawalan inflasi, bukan memenuhi desakan politik, dan menyatakan tiada keputusan dibuat untuk mesyuarat September.
- Dua gabenor Fed tidak sehaluan dengan keputusan majoriti, menyokong pemotongan kadar sebanyak 0.25 peratus, menandakan perpecahan dalaman buat pertama kali dalam lebih 30 tahun.