DUNIA
Kerajaan Australia guna semua undang-undang tersedia tangani kebocoran data Qantas
Serangan siber dikaitkan dengan penggodam yang menyasarkan pelanggan Salesforce antara April 2024 hingga September 2025. - Gambar hiasan/Reuters
CANBERRA: Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia, Tony Burke pada Isnin berkata kerajaan persekutuan akan menggunakan semua undang-undang yang ada untuk menangani insiden kebocoran data Qantas yang mendedahkan maklumat peribadi kira-kira 5.7 juta pelanggan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Burke memberitahu stesen radio Australian Broadcasting Corporation (ABC) pada Isnin bahawa Qantas mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan siber yang kukuh, bukan sahaja melalui pelaksanaan langkah teknikal yang sesuai tetapi juga dengan memastikan kakitangannya menerima latihan yang mencukupi.
Syarikat penerbangan itu mengesahkan pada Ahad bahawa ia merupakan antara beberapa syarikat di seluruh dunia yang menjadi mangsa kecurian data oleh kumpulan penggodam yang menyasarkan pelanggan syarikat perisian gergasi Salesforce antara April 2024 dan September 2025.
Data peribadi 5.7 juta pelanggan Qantas termasuk nama, nombor keahlian penumpang tetap, butiran hubungan dan tarikh lahir telah dicuri dalam serangan pada 30 Jun.
Qantas sebelum ini menjelaskan pada Julai bahawa kumpulan penggodam itu menyasarkan sistem pihak ketiga yang digunakan oleh pusat panggilan luar negara milik syarikat itu.
"Bahagian perniagaan boleh diuruskan oleh pihak luar, tetapi undang-undang tidak boleh diserahkan kepada orang lain," kata Burke pada Isnin.
Dalam kenyataan pada Ahad, Qantas memaklumkan bahawa pihaknya telah memperoleh perintah injunksi berterusan bagi menghalang data yang dicuri daripada diakses, dilihat, disebarkan, digunakan, dihantar atau diterbitkan.
Burke turut menasihatkan mana-mana individu yang terjejas agar berhati-hati dan menamatkan panggilan sekiranya menerima panggilan mencurigakan daripada pihak yang mendakwa wakil Qantas, sebelum menghubungi semula melalui talian rasmi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Australia akan guna semua undang-undang sedia ada untuk menangani kebocoran data Qantas yang melibatkan maklumat peribadi 5.7 juta pelanggan.
- Serangan siber berlaku melalui sistem pihak ketiga yang digunakan oleh pusat panggilan luar negara Qantas, dikaitkan dengan penggodam yang menyasarkan pelanggan Salesforce antara April 2024 hingga September 2025.
- Qantas memperoleh perintah injunksi dan nasihat keselamatan diberi kepada pelanggan, termasuk berhati-hati terhadap panggilan mencurigakan dan menghubungi talian rasmi.