BANGKOK: Kerajaan gabungan baharu Thailand yang dipimpin Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, mengangkat sumpah pada Isnin malam selepas mendapat perkenan diraja minggu lepas, lapor Xinhua.
Kabinet yang terdiri daripada 35 anggota itu melafazkan sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu istiadat tradisional yang berlangsung di Istana Dusit di Bangkok.
Advertisement
Anutin bersama tujuh Timbalan Perdana Menteri menghadiri istiadat berkenaan, selain menteri kabinet lain serta timbalan masing-masing.
Perdana Menteri itu kemudiannya mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di kompleks kerajaan.
Beliau dijadual membentangkan kenyataan dasar kepada Parlimen dalam beberapa hari lagi, iaitu langkah terakhir sebelum pentadbiran baharu itu boleh memulakan tugas secara rasmi.
Anutin, 59, yang juga pemimpin Parti Bhumjaithai, dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Perdana Menteri negara Asia Tenggara itu selepas menang dalam undian Parlimen pada Mac.
-- BERNAMA-XINHUA