awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
K’jaan Persekutuan, negeri perlu laksanakan rumusan MKI - Sultan Nazrin
Kuatkan integriti, bukan gilakan jawatan dan mabuk kuasa - Sultan Nazrin
Pemandu treler didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan gabungan Jerman gagal muktamad pemotongan cukai utama

Bernama
Bernama
03/07/2025
20:00 MYT
Kerajaan gabungan Jerman gagal muktamad pemotongan cukai utama
Kerajaan pimpinan Canselor Friedrich Merz gagal mencapai persetujuan mengenai pemotongan cukai elektrik di seluruh negara. - Gambar Reuters
BERLIN: Saling menyalahkan berlaku di Berlin pada Khamis selepas kerajaan pimpinan Canselor Friedrich Merz gagal mencapai persetujuan mengenai pemotongan cukai elektrik di seluruh negara, mengecewakan pemimpin perniagaan dan parti pembangkang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Langkah itu merupakan antara teras utama dalam perjanjian gabungan antara Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) pimpinan Merz, Kesatuan Sosial Kristian (CSU) yang hanya beroperasi di Bavaria,dan Parti Demokrat Sosial (SPD) yang berhaluan tengah kiri.
Namun, ia mengejutkan apabila tidak dimasukkan dalam draf Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lars Klingbeil, minggu lalu atas alasan kebimbangan kewangan.
Walaupun terdapat tekanan daripada persatuan perniagaan, kumpulan pembangkang dan Ahli Parlimen dalam kalangan parti gabungan, mesyuarat penting pemimpin parti dalam jawatankuasa gabungan tidak dapat mencapai persetujuan untuk membiayai dasar tersebut selepas rundingan selama beberapa jam lewat malam Rabu.
Ketua kumpulan Parlimen CDU, Jens Spahn, pada Khamis mempertahankan keputusan jawatankuasa itu untuk menyokong rancangan awal Klingbeil yang hanya memotong cukai elektrik untuk industri besar, bersama langkah lain untuk menurunkan caj rangkaian elektrik dan memansuhkan levi simpanan gas.
"Kami kekal komited dengan matlamat bersama untuk mengurangkan kos elektrik secara ketara untuk semua," kata Spahn kepada penyiar awam ARD.
Namun, beliau menegaskan bahawa "kewangan yang kukuh" adalah penting.
Ahli Parlimen kanan SPD, Matthias Miersch menegaskan, pemotongan cukai elektrik masih menjadi "keutamaan" dan akan dilaksanakan apabila terdapat "ruang untuk bergerak" dalam kewangan negara.
Langkah penarikan itu mendapat kritikan daripada Britta Hasselmann, ketua kumpulan Parlimen Parti Hijau, yang menuduh Merz dengan "janji kempen yang dimungkiri."
Keadaan itu turut mencetuskan ketegangan dalam gabungan apabila Hendrik Wust, Perdana Menteri CDU bagi negeri barat yang berpengaruh, North Rhine-Westphalia, menyalahkan Klingbeil daripada SPD atas kegagalan mencapai persetujuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Friedrich Merz
#persetujuan
#pemotongan cukai elektrik
#Jerman
#pemimpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan