NEW DELHI: Kerajaan India mengharamkan sebuah pertubuhan Islam terkemuka kerana didakwa melakukan "aktiviti menyalahi undang-undang."
The Popular Front of India (PFI) dan sekutunya telah diharamkan selama lima tahun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 27 September.
PFI dan sekutunya atau kumpulan yang mempunyai kaitan dengan pertubuhan itu telah terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang, yang memudaratkan integriti, kedaulatan dan keselamatan negara serta berpotensi mengganggu ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat serta menyokong militan di negara ini," menurut kerajaan India.
Kumpulan berkaitan PFI termasuk Rehab India Foundation, Campus Front of India, All India Imams Council, National Confederation of Human Rights Organisation (NCHRO) dan National Women's Front.
Keputusan itu dibuat selepas penahanan pemimpin dan anggotanya di kebanyakan negeri termasuk Kerala, Maharashtra, Tamil Nadu, Karnataka, Andhra Pradesh, Rajasthan, Uttar Pradesh dan Telangana sejak beberapa hari kebelakangan ini.
PFI, memaklumkan bahawa pertubuhannya berfungsi untuk menyuarakan hak orang Islam dan masyarakat kurang bernasib baik di negara ini.
Kumpulan nasionalis Hindu bertahun-tahun berkempen untuk mengharamkan PFI yang kini berusia 15 tahun.
Pada Selasa, kumpulan itu mendakwa "penahanan besar-besaran" sedang berlaku di negeri yang diperintah Parti Bharatiya Janata (BJP).
"Ini tidak lain bertujuan menghalang hak untuk mengadakan protes demokratik terhadap kerajaan yang menyasarkan PFI," menurut PFI.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Popular Front of India (PFI) dan sekutunya telah diharamkan selama lima tahun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 27 September. - Pexels
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Kerajaan India haramkan organisasi terkemuka
The Popular Front of India (PFI) dan sekutunya telah diharamkan selama lima tahun.