INTERNATIONAL

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi

Bernama 03/04/2023 | 04:35 MYT
Draf undang-undang yang diusulkan Ahli Parlimen Fabio Rampelli itu mencadangkan denda sehingga EUR100,000 (AS$108,705) kepada mereka yang melanggar peraturan baharu itu. - Fail/REUTERS
ATHENS: Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Draf undang-undang yang diusulkan Ahli Parlimen Fabio Rampelli itu mencadangkan denda sehingga EUR100,000 (AS$108,705) kepada mereka yang melanggar peraturan baharu itu.

Rampelli berkata bahasa Inggeris telah menyusup ke dalam bahasa Itali.

Undang-undang itu juga bertujuan untuk mengenakan hukuman ke atas penggunaan mana-mana bahasa asing lain dalam komunikasi rasmi.

Ia juga bertujuan untuk melindungi dan menggalakkan peggunaan bahasa Itali.

-- BERNAMA
#Itali #haramkan bahasa Inggeris #ahli Parlimen #Fabio Rampelli