DUNIA
Kerajaan Lithuania isytihar darurat, hujan lebat musnahkan hasil tanaman
Kerajaan Lithuania mengisytiharkan darurat di seluruh negara susulan hujan lebat yang memusnahkan sebahagian besar hasil tanaman. - Gambar hiasan
MOSCOW: Kerajaan Lithuania mengisytiharkan darurat di seluruh negara susulan hujan lebat yang memusnahkan antara 50 hingga 70 peratus hasil tanaman, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
"Kerajaan memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara akibat fenomena semula jadi...," menurut kenyataan kerajaan pada Rabu.
Kenyataan itu menyebut bahawa selepas darurat diisytiharkan, para petani boleh memohon pampasan bagi kerugian yang dialami.
"Disebabkan hujan lebat, sebahagian hasil pertanian telah musnah, manakala kualiti tanaman yang tinggal semakin merosot.
"Tempoh hujan berpanjangan telah merosakkan atau memusnahkan 50 hingga 70 peratus hasil tanaman.
"Di kebanyakan kawasan, petani tidak dapat menuai hasil di ladang yang dilanda banjir kerana tidak dapat diakses," menurut kerajaan.
Menteri Pertanian Lithuania dilantik untuk mengetuai operasi tindak balas kecemasan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Lithuania mengisytiharkan darurat di seluruh negara susulan hujan lebat yang merosakkan antara 50 hingga 70 peratus hasil tanaman dan menjejaskan kualiti pertanian.
- Pengisytiharan darurat membolehkan para petani memohon pampasan atas kerugian yang dialami akibat ladang yang banjir dan tidak dapat diakses.
- Menteri Pertanian Lithuania dilantik untuk mengetuai operasi tindak balas kecemasan bagi menangani kesan fenomena semula jadi tersebut.