DUNIA
Kerajaan Malawi rayu sokongan antarabangsa untuk mangsa banjir
Disebabkan hujan lebat berterusan tanpa henti, jumlah mangsa banjir terus meningkat, sekali gus menambah keperluan penduduk yang terjejas. - Gambar hiasan/Adobe Stock
LILONGWE (Malawi): Kerajaan Malawi merayu sokongan antarabangsa pada Rabu bagi mengurangkan penderitaan mangsa banjir ketika negara di tenggara Afrika itu terus dilanda hujan lebat berterusan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Bencana (DoDMA) merekodkan sekurang-kurangnya 40 kematian di seluruh negara, manakala ribuan lagi kehilangan tempat tinggal dan menjadi gelandangan. Banjir itu turut menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur, termasuk jalan raya, sekali gus memutuskan hubungan ke beberapa kawasan di negara itu.
Pesuruhjaya DoDMA, Wilson Moleni berkata, "negara ini sedang mengalami penderitaan yang amat parah akibat bencana yang menimpa kami."
"Sebagai sebuah negara, kami terbeban dengan keperluan harian yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk terjejas. Ekonomi kami sudah sedia terbeban. Kami tidak mampu menangani keadaan ini bersendirian. Oleh itu, kami merayu rakan pembangunan agar tampil membantu kami bagi melengkapi usaha yang sedang dijalankan," kata Moleni.
Walaupun mengakui sudah ada bantuan yang disalurkan kepada negara itu, Moleni berkata, "Disebabkan hujan lebat yang berterusan tanpa henti, jumlah mangsa banjir terus meningkat, sekali gus menambah keperluan penduduk yang terjejas."
Banjir itu berlaku ketika negara berkenaan sedang berdepan kekurangan bekalan makanan yang kritikal akibat fenomena cuaca El Nino, yang menyebabkan lebih 4.5 juta penduduk memerlukan bantuan makanan.
Pada Oktober tahun lepas, Presiden Arthur Peter Mutharika mengisytiharkan kesemua 28 daerah di negara itu sebagai kawasan bencana dan merayu bantuan kemanusiaan bagi menangani situasi berkenaan.
Pada 2023, Taufan Freddy melanda negara itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang dan menyebabkan kira-kira 2.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. Kira-kira 500 orang masih dilaporkan hilang.
Tiga tahun selepas kejadian itu, negara itu masih bergelut untuk pulih secara ekonomi daripada kesan buruk taufan berkenaan.
--BERNAMA-ANADOLU