Kerajaan Nigeria berjaya pastikan pembebasan 100 murid yang diculik

Serangan ke atas Sekolah Berasrama Katolik St. Mary’s, Papiri.
sekali lagi menyorot masalah keselamatan yang berpanjangan di Nigeria, lebih sedekad selepas penculikan besar-besaran di Chibok yang menggemparkan dunia.
ABUJA: Kerajaan Nigeria berjaya memastikan pembebasan 100 murid sekolah yang diculik bulan lalu di Negeri Niger.
Laporan sebelum ini menyebut, insiden berkenaan dianggap antara kes penculikan terbesar dalam sejarah negara tersebut.
Persatuan Kristian Nigeria (CAN) memaklumkan, seramai 303 murid serta 12 kakitangan sekolah diculik pada 21 November lalu oleh kumpulan bersenjata di Sekolah Berasrama Katolik St. Mary’s, Papiri.
Daripada jumlah itu, 50 murid berjaya melarikan diri beberapa jam selepas serangan, namun tiada maklumat lanjut mengenai nasib ratusan yang masih hilang termasuk kanak-kanak seawal usia enam tahun serta kakitangan sekolah.
Penyiar tempatan, Channels Television pula tidak memberikan butiran lanjut mengenai pembebasan itu dalam laporan awalnya.
CAN dan pihak berkuasa Negeri Niger turut mengesahkan mereka belum menerima sebarang makluman rasmi mengenai pembebasan berkenaan.
Serangan ke atas sekolah itu sekali lagi menyorot masalah keselamatan yang berpanjangan di Nigeria, lebih sedekad selepas penculikan besar-besaran di Chibok yang menggemparkan dunia.
Kejadian ini juga berlaku ketika Nigeria menjadi perhatian Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menekan kerajaan negara itu berhubung dakwaan layanan buruk terhadap penganut Kristian. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


