Kerajaan Palestin menghargai sokongan berterusan Malaysia dalam menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan perubatan yang amat diperlukan oleh penduduk negara itu berikutan serangan udara besar-besaran oleh rejim Israel sejak bulan lepas.
Duta Besar Palestin ke Malaysia Dr Anwar H. Al Agha berkata negara itu amat berterima kasih dan mengharapkan sokongan padu Malaysia bagi membantunya meskipun kerajaan Israel mereka pelbagai cerita berkaitan sejarah Palestin.
"Kami harap Malaysia akan terus berdiri teguh di sisi kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri protes menerusi langkah memboikot barangan Israel di Jalan Masjid India di sini pada Jumaat.
Berikutan peningkatan sokongan komuniti antarabangsa, Dr Anwar berharap situasi di Palestin ketika ini, yang berlaku sejak 66 tahun lepas, mampu diselesai dan ia akan menjadi sebuah negara yang merdeka suatu hari nanti.
Sejak Palestin diserang, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia bergabung bagi memprotes kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza.
Dalam perkembangan lain, Dr Anwar berkata satu delegasi dari Malaysia termasuk doktor perubatan akan berlepas ke Gaza tidak lama lagi.
"Insya-Allah, saya akan berada di sana bersama-sama mereka bagi memudahkan koordinasi," katanya.
Terdahulu, lima NGO iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) dan Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor (GEGAS) mengagihkan risalah berkaitan kempen memboikot barangan serta perniagaan Israel dalam usaha mempertahan penduduk Palestin daripada kekejaman rejim Zionis.
Mereka turut membakar bendera Israel di jalan masuk ke Masjid India.
Tindakan memboikot barangan Israel di seluruh negara dilakukan bagi memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Gaza, yang setakat ini meragut hampir 2,000 nyawa sejak bulan lepas.
Bernama
Fri Aug 08 2014
ANWAR: Kami harap Malaysia akan terus berdiri teguh di sisi kami
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.