DUNIA
Kerajaan Palestin sedia laksana pembinaan semula Gaza
MUSTAFA: Kita akan bangkit daripada malapetaka di Gaza ke arah pembentukan sebuah negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya, di bawah kepimpinan Presiden Mahmoud Abbas. - Gambar fail
RAMALLAH/ISTANBUL: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa pada Rabu berkata kerajaannya bersedia dengan rancangan untuk membina semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat perang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Mengakui tugas itu sukar selain keadaannya kompleks, Mustafa berkata kerajaannya bersedia untuk usaha pembinaan semula Gaza dan meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkaitan bagi mencapai matlamat itu.
“Kita akan bangkit daripada malapetaka di Gaza ke arah pembentukan sebuah negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya, di bawah kepimpinan Presiden Mahmoud Abbas dan melalui usaha institusi negara kita,” kata Mustafa pada satu bengkel di bandar Ramallah, Tebing Barat.
“Kita mahukan sebuah negara merdeka yang bebas daripada perang, pendudukan dan penempatan haram dan insya-Allah, bebas daripada pengangguran,” tambahnya seperti dipetik dalam kenyataan daripada pejabatnya.
Perdana menteri Palestin itu berkata jaminan bagi pembinaan semula Gaza bermula dengan “pemulihan penuh kepada legitimasi nasional.”
“Institusi sivil dan keselamatan negara adalah komponen yang mampu memimpin proses pemulihan, pembinaan semula dan penyatuan institusi bagi membuka jalan ke arah pembentukan sebuah negara merdeka di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.”
Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju dengan fasa pertama pelan yang dikemukakannya pada 29 Sept untuk memeterai gencatan senjata di Gaza, membebaskan semua tawanan Israel sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin, dan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari seluruh Semenanjung Gaza. Fasa pertama perjanjian itu mula berkuat kuasa pada Jumaat.
Di bawah perjanjian itu, Hamas membebaskan 20 tawanan Israel yang masih hidup dan menyerahkan mayat lapan lagi tawanan sebagai pertukaran untuk hampir 2,000 tahanan Palestin.
Fasa kedua pelan itu menyeru kepada pembentukan mekanisme tadbir urus baharu di Gaza tanpa penyertaan Hamas, penubuhan pasukan multinasional dan pelucutan senjata Hamas.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan lebih 67,900 penduduk Palestin di wilayah itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan menyebabkan sebahagian besar kawasan itu tidak lagi boleh didiami.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Palestin bersedia membina semula Gaza yang musnah akibat perang dan meneruskan perbincangan dengan semua pihak untuk mencapai matlamat pembinaan semula.
- Pembinaan semula Gaza akan bermula dengan pemulihan legitimasi nasional, memperkukuh institusi sivil dan keselamatan, bagi membuka jalan ke arah pembentukan negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara.
- Fasa pertama pelan gencatan senjata AS telah membebaskan tawanan Israel dan Palestin, sementara fasa kedua merancang tadbir urus baharu, pasukan multinasional, dan pelucutan senjata Hamas.