SANTIAGO: Kerajaan dan para pemimpin di seluruh Amerika Latin menzahirkan ucapan takziah atas kematian bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam nahas helikopter di selatan negara tersebut pada Selasa.

Antara pemimpin Amerika Latin yang berkongsi rasa duka itu ialah Luiz Inacio Lula da Silva dari Brazil dan Javier Milei dari Argentina, serta bekas Presiden yang berkhidmat serentak dengan Pinera.

Hantaran di platform X turut menyaksikan Evo Morales dari Bolivia menghantar mesej kepada rakyat Chile dan orang-orang tersayang bekas Presiden itu.

Helikopter yang membawa Pinera, 74 tahun, dan tiga penumpang terhempas ke dalam sebuah tasik di selatan Chile.

Bekas Presiden itu diisytiharkan meninggal dunia di lokasi selepas pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian manakala tiga penumpang lain selamat.

Pinera memerintah Chile dari tahun 2010 hingga 2014 dan 2018 hingga 2022.