DUNIA
Kerajaan Perancis tumbang selepas PM Bayrou kalah undi tidak percaya
Kerajaan Perancis runtuh selepas Perdana Menteri, Francois Bayrou tewas dalam undi tidak percaya pada Isnin, sekali gus mencetuskan krisis politik baharu ketika negara itu berdepan tekanan ekonomi dan ketegangan geopolitik. - Gambar fail AP
PARIS: Kerajaan Perancis runtuh selepas Perdana Menteri, Francois Bayrou tewas dalam undi tidak percaya pada Isnin, sekali gus mencetuskan krisis politik baharu ketika negara itu berdepan tekanan ekonomi dan ketegangan geopolitik.
Seramai 364 Ahli Parlimen mengundi menolak Bayrou berbanding 194 yang menyokongnya.
Undian itu jauh melepasi ambang 280 undi yang diperlukan untuk menggulingkan kerajaan.
Bayrou sebelum ini mempertaruhkan kedudukannya dalam usaha meluluskan pelan penjimatan bernilai 44 euro bilion (AS$51 bilion) yang tidak popular, termasuk memansuhkan dua cuti umum serta membekukan perbelanjaan kerajaan.
Kekalahan itu memaksa Bayrou berundur selepas hanya sembilan bulan memegang jawatan, menyusul jejak langkah pendahulunya, Michel Barnier, yang turut tewas dalam undi tidak percaya Disember lalu.
Istana Élysée dalam kenyataan memaklumkan, Presiden Emmanuel Macron akan menamakan Perdana Menteri baharu dalam tempoh terdekat.
Namun, pemergian Bayrou dilihat meninggalkan Macron dengan pilihan yang sukar.
Pasaran kewangan bergolak
Ketidakstabilan politik itu mengejutkan pelabur.
Hasil bon kerajaan Perancis melonjak, melepasi kadar faedah yang dituntut pelabur untuk bon Sepanyol, Portugal dan Greece – negara yang pernah menjadi pusat krisis hutang zon euro.
Penganalisis turut menjangkakan kemungkinan penarafan kredit Perancis diturunkan hujung minggu ini, sesuatu yang bakal memberi tamparan hebat kepada kedudukan ekonomi negara itu di Eropah.
“Anda mempunyai kuasa untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi anda tidak mempunyai kuasa untuk menghapuskan realiti,” kata Bayrou dalam ucapannya sebelum pengundian, sambil menegaskan beban hutang yang kian tidak tertanggung akan terus meningkat.
“Kita telah memutuskan kontrak sosial dengan generasi muda,” tambahnya.
Krisis berakar daripada pilihan raya tergempar
Krisis politik ini berpunca daripada keputusan mengejut Macron tahun lalu apabila beliau memanggil pilihan raya tergempar susulan kejayaan besar parti sayap kanan tegar, National Rally, dalam pilihan raya Parlimen Eropah Mei 2024.
Tindakan itu menyaksikan parti Macron kehilangan kerusi kepada parti sayap kanan dan kiri, meninggalkan Perancis dengan Parlimen yang berpecah.
Bayrou dijangka menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Macron pada Selasa.
Antara nama yang disebut bakal menggantikannya ialah Menteri Angkatan Tentera, Sébastien Lecornu dan Menteri Kehakiman, Gérald Darmanin.
Namun jawatan itu digambarkan sebagai “cawan beracun” kerana sukar dipertahankan dalam keadaan politik sekarang.
Dilema Macron
Walaupun ada gesaan agar Macron turut berundur, beliau menegaskan, akan kekal hingga tamat penggal.
Pemimpin sayap kanan, Marine Le Pen pula mendesak Parlimen dibubarkan, sesuatu yang dijangka hanya mengukuhkan kedudukan partinya.
Masalah terbesar Macron ialah selepas kegagalan tiga Perdana Menteri dari blok centrist, parti pembangkang enggan memberi ruang kepada calon serupa.
Malah, baik sayap kanan mahupun kiri memberi amaran akan terus mengemukakan undi tidak percaya sekiranya Macron menamakan Perdana Menteri dari blok itu.
Bagi pengganti Bayrou, isu belanjawan dijangka kekal rumit.
Parti Sosialis mahu mengenakan cukai lebih tinggi kepada golongan kaya dan membatalkan pemotongan cukai perniagaan yang diperkenalkan Macron – sesuatu yang ditentang keras Parti Republikan.
Situasi ini menandakan kemelut fiskal Perancis tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Masa depan politik Perancis
Jika pilihan raya tergempar diadakan semula, tinjauan Elabe menunjukkan National Rally dijangka muncul parti teratas, diikuti blok kiri, manakala blok centrist pimpinan Macron jauh ketinggalan di tempat ketiga.
Kepercayaan rakyat terhadap kelas politik juga runtuh, dengan golongan kiri menyeru protes besar-besaran pada Rabu di bawah slogan “Bloquons tout” (Mari kita hentikan semuanya).
Kesatuan sekerja pula merancang satu lagi mobilisasi pada 18 September.
Keadaan ini berlaku ketika dunia sedang berdepan konflik di Ukraine dan Asia Barat, sekali gus memberi ruang kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memperlekeh kelemahan Eropah. - Agensi