INTERNATIONAL
Kerajaan sementara Bangladesh haramkan aktiviti Liga Awami
Kerajaan sementara Bangladesh mengharamkan aktiviti Liga Awami, parti politik diterajui bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina. - Foto Reuters
DHAKA: Kerajaan sementara Bangladesh mengharamkan aktiviti parti politik Liga Awami yang diterajui bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina.
Ringkasan AI
Keputusan ini dibuat sementara menunggu penghakiman perbicaraan susulan protes besar-besaran yang mendorong peletakan jawatannya tahun lalu.
Penasihat Undang-Undang dan Keadilan, Asif Nazrul memberitahu pengharaman aktiviti termasuk di ruang siber membabitkan Liga Awami di bawah Akta Anti-Keganasan sudah diputuskan sehingga perbicaraan membabitkan parti itu dan pemimpinnya berakhir.
"(Pengharaman) sehingga perbicaraan terhadap parti Liga Awami dan para pemimpinnya di Bangladesh selesai. Telah diputuskan bahawa semua aktiviti parti Liga Awami, termasuk di ruang siber, akan diharamkan di bawah Akta Anti-Keganasan bagi melindungi keselamatan dan kedaulatan negara, keselamatan para pemimpin dan aktivis 'gerakan Julai', serta perlindungan terhadap pihak plaintif dan saksi dalam Tribunal Jenayah Antarabangsa," katanya.
Dalam pada itu, pemimpin sementara Bangladesh yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus, mengetuai kerajaan sementara sejak Hasina digulingkan.
Nazrul berkata keputusan itu diambil untuk memastikan 'kedaulatan dan keselamatan' negara serta 'keselamatan penunjuk perasaan', di samping melindungi 'plaintif dan saksi tribunal'.
Pada masa sama, pentadbiran Yunus turut meluluskan pindaan kepada Akta Tribunal Jenayah Antarabangsa negara itu bagi membenarkan pihak berkuasa mendakwa parti politik dan badan gabungan mereka.
Liga Awami membantah langkah terbabit dengan menyifatkannya sebagai 'tidak sah'.
Keputusan itu dibuat sehari selepas ribuan orang berhimpun di luar kediaman Yunus, menuntut pengharaman parti Hasina.
Pada Khamis, bekas ketua Liga Awami, Abdul Hamid yang turut disiasat, dilapor berjaya meninggalkan negara itu. - Agensi
Ringkasan AI
- Kerajaan sementara Bangladesh melarang semua aktiviti parti Liga Awami, termasuk di ruang siber, di bawah Akta Anti-Keganasan sehingga perbicaraan terhadap parti dan pemimpinnya selesai.
- Kerajaan sementara yang diketuai Muhammad Yunus meluluskan pindaan kepada Akta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi membolehkan pendakwaan terhadap parti politik dan badan gabungan mereka.
- Liga Awami membantah pengharaman ini dengan menyifatkannya sebagai tidak sah, sementara ribuan orang mengadakan demonstrasi menuntut tindakan terhadap parti tersebut.