awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sementara Bangladesh mahu jalin hubungan baik dengan semua negara

Bernama
Bernama
12/08/2024
03:15 MYT
Kerajaan sementara Bangladesh mahu jalin hubungan baik dengan semua negara
Memulihkan ketenteraman dan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil adalah antara objektif utama pentadbiran yang diketuai oleh ahli ekonomi Muhammad Yunus (tengah). - Foto AP
NEW DELHI: Penasihat hal ehwal luar negeri Bangladesh Md Touhid Hossain pada Ahad berkata kerajaan sementara negara itu mahu menjalinkan hubungan baik dengan semua negara termasuk India dan China.
"Dasar kami adalah untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara sambil melindungi kepentingan nasional kami," kata Touhid, dalam sidang media pertamanya di Kementerian Luar di Dhaka.
Kerajaan sementara dibentuk pada Khamis lalu selepas perdana menteri Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos, akan mengamalkan diplomasi seimbang, katanya.
"Adalah tidak bermakna untuk menganggap bahawa kerajaan sementara ini hanya memberi tumpuan kepada beberapa negara tertentu.
"Kami berhasrat untuk mengekalkan hubungan yang lancar dan positif dengan semua pihak, termasuk India dan China," kata Touhid seperti dilaporkan oleh media Bangladesh.
Ditanya mengenai kemungkinan membawa Hasina kembali, beliau berkata perkara itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Luar akan bertindak jika permintaan dibuat berhubung perkara itu.
Memulihkan ketenteraman dan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil adalah antara objektif utama pentadbiran yang diketuai oleh ahli ekonomi berusia 84 tahun, Muhammad Yunus.
"Objektif utama kami adalah untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas. Spekulasi pada ketika ini tidak diperlukan," kata Touhid.
Bangladesh sedang mengambil langkah untuk memastikan bekalan barangan keperluan yang mencukupi, melindungi kaum minoriti dan memulihkan perkhidmatan pengangkutan.
Sementara itu, penasihat hal ehwal dalam negeri M. Sakhawat Hussain mengarahkan semua anggota polis melapor diri bertugas menjelang Khamis, lapor Agensi Berita Bangladesh Sangbad Sangstha.
Protes besar-besaran terhadap kerajaan Liga Awami pimpinan Hasina telah menyebabkan kekacauan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang, dengan pihak polis dituduh melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan.
"Polis diberi "senjata berbahaya" yang bukan keputusan yang tepat," kata Sakhawat, seorang brigadier jeneral yang telah bersara.
Beliau berkata parti politik tidak boleh menggunakan polis sebagai alat untuk melaksanakan kekerasan atau tindakan bersenjata bagi mencapai tujuan politik mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Yunus
#hubungan baik
#Md Touhid Hossain
#kerajaan sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan