awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sudan seru komuniti antarabangsa kecam tindakan RSF

Bernama
Bernama
24/05/2023
10:33 MYT
Kerajaan Sudan seru komuniti antarabangsa kecam tindakan RSF
Pada 15 April, konflik bersenjata tercetus antara RSF dan Angkatan Bersenjata Sudan dengan pertempuran tertumpu di sekitar ibu kota Khartoum dan wilayah Darfur. -Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sudan menyeru masyarakat antarabangsa dan pertubuhan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) mengecam tindakan pemberontak Rapid Support Forces (RSF) serta jenayah yang dilakukan terhadap negeri, bandar dan misi diplomatik di negara ini.
Kerajaan juga menggesa masyarakat antarabangsa dan IGAD untuk mengklasifikasikan RSF sebagai organisasi pengganas, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan kehakiman serta mendesak kepimpinan RSF untuk menarik balik pasukannya dari hospital dan kawasan kediaman.
"Dalam hal ini, Kementerian Luar Sudan mengecam sekeras-kerasnya jenayah keganasan seksual, gangguan dan rogol yang dilapor dilakukan oleh pemberontak RSF," menurut kenyataan dikeluarkan Kedutaan Sudan di Malaysia kepada Bernama.
Menurut kenyataan itu, tindakan RSF termasuk menyekat rawatan perubatan dan kesihatan selain mengusir rakyat dari rumah mereka serta merompak harta benda mereka, dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.
Pada 15 April, konflik bersenjata tercetus antara RSF dan Angkatan Bersenjata Sudan dengan pertempuran tertumpu di sekitar ibu kota Khartoum dan wilayah Darfur.
Setakat 16 Mei, sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh manakala lebih 5,100 yang lain cedera.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula pada malam Isnin dan ia mungkin dilanjutkan.
Sebelum ini, Kementerian Luar Sudan menuduh RSF menyerang misi diplomatik di ibu negara Khartoum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#IGAD
#RSF
#Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan