awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran

Bernama
Bernama
19/08/2023
06:15 MYT
Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kristersson (gambar) bersama pemimpin gabungan kerajaan, Ebba Busch dari Parti Demokrat Kristian dan Johan Pehrson dari Parti Liberal telah bersama-sama menulis artikel yang diterbitkan dalam akhbar Dagens Nyhete. - Gambar fail
STOCKHOLM : Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran, menurut media.
Perdana Menteri Ulf Kristersson bersama pemimpin gabungan kerajaan, Ebba Busch dari Parti Demokrat Kristian dan Johan Pehrson dari Parti Liberal telah bersama-sama menulis artikel yang diterbitkan dalam akhbar Dagens Nyhete.
Ia menekankan keperluan mengatasi isu berkenaan dengan segera selain berkongsi komitmen mereka untuk menyemak undang-undang sedia ada tanpa membuat perubahan kepada Perlembagaan.
"Mereka menekankan kepentingan polis mengambil kira keselamatan negara sambil mempertimbangkan permohonan untuk perhimpunan dan demonstrasi," lapor Agensi Anadolu.
"Kerajaan akan menyiasat cara-cara untuk mengubah peraturan dan mencegah serangan terhadap kitab suci umat Islam," menurut laporan itu lagi.
Beberapa bulan kebelakangan ini telah menyaksikan perbuatan membakar dan mencemarkan al-Quran berulang kali oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar al-Quran
#kerajaan Sweden
#Ulf Kristersson
#Akta Ketenteraman Awam s
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan