awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Thailand dikecam sekat laman web lucah terkenal

Agensi
Agensi
03/11/2020
12:32 MYT
Kerajaan Thailand dikecam sekat laman web lucah terkenal
Nuttaa menyokong tindakan kerajaan melarang akses laman web lucah itu dan mendakwa ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada negara. -Gambar fail
BANGKOK:Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat (DES) Thailand menerima kecaman selepas bertindak menghalang akses kepada sebuah laman web lucah terkenal antarabangsa.
Tindakan itu yang berkuat kuasa pada tengah hari Selasa, melibatkan lebih 190 alamat URL bagi semua syarikat pembekal Internet dan operator telefon di negara itu.
Menteri DES, Buddhipongse Punnakanta, menjadi tumpuan kecaman apabila kementeriannya memperoleh kelulusan mahkamah bagi mengambil langkah sedemikian selaras dengan undang-undang negara itu yang mengharamkan laman web lucah.
Buddhipongse tidak menerima pujian walaupun tindakan kementerian itu sesuai dengan norma dan tanggungjawab moral, sebaliknya beliau didakwa menghalang kebebasan rakyat untuk mengakses media.
Kritikan itu diluahkan kumpulan dikenali sebagai 'The Anonymous Party' di Facebook, yang menyokong kebebasan mengakses media termasuk yang mengandungi kandungan seksual.
“Kebebasan media termasuk semua jenis kandungan, termasuk unsur seksual, selagi penonton tidak dipaksa untuk menonton,” kata kumpulan itu di laman Facebook.
Bagi menyuarakan bantahan, sejumlah orang ramai berkumpul di Kompleks Kerajaan di Chaeng Wattana, Bangkok pada Selasa bagi menentang tindakan kementerian itu.
Untuk rekod, 'The Anonymous Party' pernah terlibat dalam protes menentang kerajaan dan pernah mengeluarkan kenyataan untuk menuntut pelepasan aktivis yang ditahan dalam lokap.
Dalam pada itu, aktivis terkenal, Nuttaa Mahattana menyokong tindakan kerajaan melarang akses laman web lucah itu dan mendakwa ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada negara.
“Jangan mengaitkan isu ini (laman web lucah) dengan isu politik. Demokrasi bukan bermaksud anda boleh melakukan apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab,” katanya dalam sebuah entri di Facebook peribadinya.
Sementara itu, Buddhipongse yang berada di Phuket bagi persidangan Kabinet berkata beliau hanya melakukan tugasnya dan tidak akan melayan pengkritik.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#laman web lucah
#sekat
#Thailand
#lucah
#moral
#Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat
#Buddhipongse Punnakanta
#The Anonymous Party
#Nuttaa Mahattana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan