DUNIA
Kerajaan Trump akan terus ganti tarif timbal balas jika Mahkamah Agung tolak - USTR
Trump telah memberi amaran bahawa kehilangan keupayaan pentadbirannya untuk mengenakan tarif terhadap negara yang melayan AS secara tidak adil akan menjadi "tamparan hebat" kepada AS.
WASHINGTON: Sekiranya Mahkamah Agung membatalkan tarif global yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pentadbirannya akan mula menggantikannya dengan segera, menurut Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer kepada saluran media, lapor Agensi Berita Yonhap.
Greer membuat kenyataan tersebut dalam temu bual dengan The New York Times pada Khamis, ketika mahkamah tinggi itu dijangka boleh memberikan keputusan seawal minggu ini mengenai kesahihan tindakan Trump menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) 1977 untuk mengenakan tarif "timbal balas" khusus terhadap Korea Selatan dan rakan dagang yang lain.
Susulan sebarang kekalahan di mahkamah, pentadbiran Trump akan "memulakan pada hari berikutnya" untuk menyusun semula tarif "bagi bertindak balas terhadap masalah yang telah dikenal pasti oleh presiden," lapor akhbar harian itu yang memetik kenyataan Greer.
Menurut Yonhap, Greer juga berkata, beliau dan penasihat lain telah memberikan Trump "banyak pilihan berbeza" untuk mencapai objektif perdagangan Trump pada permulaan penggal kedua pentadbirannya -- kenyataan yang mencadangkan bahawa presiden mungkin menggunakan cara undang-undang lain untuk mengenakan tarif global sekiranya mahkamah membatalkan tarif berasaskan IEEPA.
Pemimpin perniagaan, penggubal dasar dan pihak lain telah menantikan keputusan tarif tersebut kerana ia boleh memberi kesan kepada perdagangan global dan situasi fiskal Amerika.
Jika tarif itu dibatalkan, syarikat mungkin akan menuntut bayaran balik bagi tarif yang telah mereka bayar.
Pada Ogos, sebuah mahkamah rayuan persekutuan memutuskan bahawa tarif IEEPA yang dipersoalkan itu telah melampaui kuasa presiden, mengesahkan keputusan mahkamah lebih rendah pada Mei.
Semasa hujah lisan pada November, hakim-hakim menyatakan keraguan terhadap kesahihan tarif yang dipertikaikan itu.
Trump telah memberi amaran bahawa kehilangan keupayaan pentadbirannya untuk mengenakan tarif terhadap negara yang melayan AS secara tidak adil akan menjadi "tamparan hebat" kepada AS.
Beliau juga berkata, jika mahkamah tinggi memutuskan untuk menentang tarif global tersebut, AS mungkin terpaksa membayar balik "beratus-ratus bilion dolar," dan jumlah keseluruhan boleh meningkat kepada "trilion dolar" apabila negara dan syarikat menuntut "bayaran balik" bagi pelaburan yang telah mereka lakukan di AS untuk mengelakkan tarif.
Mahkamah tertinggi telah mengumumkan bahawa ia akan mengadakan sesi awam untuk mendengar dua hujah lisan pada Selasa, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa ia boleh memutuskan kes tarif tersebut seawal minggu ini.
-- BERNAMA