awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana hutang lelaki tergamak lapah rakan, campak mayat dalam lubang kumbahan

Agensi
Agensi
24/01/2019
05:41 MYT
Kerana hutang lelaki tergamak lapah rakan, campak mayat dalam lubang kumbahan
Ganesh Vitthal Kolhatkar, 58, dibunuh oleh seorang kenalannya di sebuah kelab sosial di Mumbai, India selepas mangsa gagal melangsaikan hutang. - Gambar hiasan
Polis akhirnya berjaya menyelesaikan misteri kehilangan seorang lelaki susulan penemuan cebisan mayat yang menyebabkan sebuah lubang kumbahan tersumbat.
Lapor media tempatan, Ganesh Vitthal Kolhatkar, 58, dibunuh oleh seorang kenalannya di sebuah kelab sosial di Mumbai, India selepas mangsa gagal melangsaikan hutangnya.
Sebelum itu, mangsa telah dijemput oleh tertuduh yang dikenali sebagai Pintoo ke kelab terbabit pada 16 Januari lalu dengan alasan inginkan bantuan untuk mengalihkan perabot.
Menurut polis, kedua-duanya dikatakan minum arak sebelum tercetus perbalahan berhubung isu hutang.
Panik dan dalam usaha untuk melindungi bahan bukti, tertuduh telah melapah mayat sehingga menjadi cebisan.
Selang empat hari, sisa-sisa mayat berjaya dilupuskan ke dalam lubang kumbahan oleh tertuduh.
Tulang mangsa pula telah diasingkan dan dicampakkan keluar dari sebuah keretapi.
BACA JUGA: Lelaki cemburu hayun kipas siling ke arah anak buah, tanam mayat di balkoni
BACA JUGA: Hilang pergi mengaji: Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah
BACA JUGA: Memualkan! lelaki bunuh rakan, simpan otak dan hati dalam peti ais
Keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah.
Bagaimanapun misteri kehilangan mangsa akhirnya terbongkar selepas pekerja kumbahan yang sedang membersihkan tangki septik di kelab terbabit menemui cebisah mayat yang menyebabkan sistem tersumbat.
Susulan itu tertuduh berjaya ditahan dan akan didakwa.
Topic Berkaitan
#bunuh
#India
#keluarga
#lelaki
#mangsa
#mayat
#Media
#Mumbai
#polis
#rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan