awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keranda Ratu Elizabeth II dibawa ke Edinburgh

Agensi
Agensi
11/09/2022
10:41 MYT
Keranda Ratu Elizabeth II dibawa ke Edinburgh
Perjalanan dijangka mengambil masa enam jam dan melalui beberapa jalan terpencil bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.- Gambar:AP NEWSROOM
LONDON: Kereta yang membawa keranda Ratu Elizabeth II kini dalam perjalanan menuju ke Edinburgh menggunakan jalan darat sebelum dibawa ke Istana Holyroodhouse.
Memetik laporan The Telegraph, keranda mendiang Ratu Elizabeth II yang yang ditempatkan di dewan Istana Balmoral, Scotland bertolak pada jam 10 pagi (5 petang waktu Malaysia ) dan dijangka tiba di Edinburgh sekitar jam empat petang waktu tempatan.
Perjalanan dijangka mengambil masa enam jam dan melalui beberapa jalan terpencil bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Jenazah Ratu Elizabeth dibawa ke Edinburgh
Persinggahan pertama perarakan akan berhenti seketika di Ballater untuk acara penghormatan terakhir yang dihadiri oleh wakil permaisuri di Aberdeenshire dan juga pegawai tertinggi.
Selepas Edinburgh, keranda Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Windsor, untuk disemadikan bersebelahan dengan suaminya, Putera Philip, yang meninggal dunia pada tahun 2021 di usia 99 tahun.
Menurut portal itu lagi, keranda mendiang ratu diperbuat daripada kayu oak dan dilitupi bendera 'Royal Standard' Scotland dengan kalungan bunga diletak di atasnya.
Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir di Istana Balmoral, Khamis lalu.
Britain kini sedang dalam tempoh berkabung sehingga proses Pengebumian Negara berlangsung pada 19 September di Westminster Abbey.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#keranda
#Scotland
#Queen Elizabeth II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan