Kereta api bawa ammonia tergelincir, 51 alami keracunan

Agensi
Disember 26, 2022 03:00 MYT
Sekurang-kurangnya 51 orang mengalami keracunan apabila sebuah kereta api tergelincir di tenggara Serbia menyebabkan gas ammonia tersebar ke udara. -Gambar hiasan
PIROT: Sekurang-kurangnya 51 orang mengalami keracunan pada Ahad apabila sebuah kereta api tergelincir di tenggara Serbia menyebabkan gas ammonia tersebar ke udara.
Kementerian Dalam Negeri Serbia berkata berlaku kebocoran gas ammonia daripada gerabak kereta api barang yang tergelincir di bandar Pirot.
Polis memberi amaran kepada penduduk supaya tidak meninggalkan rumah mereka.
Datuk Bandar Pirot, Vladan Vasic, mengisytiharkan darurat dan sekolah ditutup buat sementara waktu.
“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan rumah mereka, jangan hidupkan pendingin hawa supaya udara luar tidak masuk, dan menunggu wasap itu berlalu pergi,” kata Vasic.
Tujuh individu telah dibawa ke sebuah hospital di Nis, bandar besar terdekat dengan Pirot, untuk mendapat rawatan lanjut.
#ammonia #kebocoran gas #gerabak kereta api barang #kereta api tergelincir