DUNIA
Kereta api ekspres rempuh sekawan gajah, tujuh ekor maut di India
Akibat impak kuat, lima gerabak dan lokomotif kereta api itu tergelincir dari landasan. - Foto X/Thepagetoday
ASSAM: Tujuh ekor gajah liar termasuk seekor anak gajah maut apabila sebuah kereta api ekspres berkelajuan tinggi merempuh sekumpulan haiwan itu yang sedang melintas landasan di negeri Assam, timur laut India, awal pagi Sabtu.
Insiden tragis itu berlaku apabila kereta api Rajdhani Express yang membawa kira-kira 650 penumpang dalam perjalanan dari Mizoram ke New Delhi melanggar kira-kira 100 ekor gajah di daerah Hojai.
Menurut jurucakap Keretapi India, Kapinjal Kishore Sharma, pemandu kereta api telah mengaktifkan brek kecemasan selepas menyedari kehadiran kawanan gajah, namun tidak sempat mengelak perlanggaran.
Akibat impak kuat, lima gerabak dan lokomotif kereta api itu tergelincir dari landasan. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan penumpang manusia.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan bahawa kawasan kejadian merupakan laluan biasa bagi pergerakan gajah liar, namun lokasi tersebut bukanlah koridor rasmi hidupan liar yang diwartakan.
Ini menimbulkan persoalan mengenai keperluan memperluas zon perlindungan dan sistem amaran awal di kawasan berisiko tinggi.
Pasukan veterinar telah menjalankan bedah siasat ke atas bangkai gajah yang terkorban, manakala anak gajah yang cedera sedang menerima rawatan.
Gambar dari lokasi menunjukkan bangkai gajah terdampar di tepi landasan, manakala kerja-kerja pembersihan dan siasatan giat dijalankan oleh pihak berkuasa.
Insiden ini menambah kepada senarai panjang kematian gajah akibat perlanggaran dengan kereta api di India, khususnya di Assam yang merupakan habitat penting bagi spesies gajah Asia yang terancam.
Sejak 2020, puluhan gajah dilaporkan maut dalam kejadian serupa di negeri itu sahaja.
Aktivis alam sekitar menggesa kerajaan India dan pihak Keretapi India untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi pengesanan hidupan liar dan pembinaan jejambat khas bagi mengelakkan tragedi berulang.