awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api Line 6 kurangkan kesesakan Dhaka - PM Bangladesh

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2022
04:20 MYT
Kereta api Line 6 kurangkan kesesakan Dhaka - PM Bangladesh
Laluan Line 6 sepanjang lebih 20 kilometer melalui 16 stesen dan menghubungkan zon utara Dhaka dengan pejabat kerajaan dan hospital. - REUTERS
BANGLADESH melancarkan perkhidmatan kereta api metro pertamanya di ibu negara Dhaka, dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya dengan kepadatan penduduk tinggi itu.
Menurut laporan CNN, projek kereta api yang dikenali sebagai Line 6 itu, sebahagian besarnya dibiayai oleh Jepun, dirasmikan Perdana Menteri Sheikh Hasina pada Rabu.
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan projek itu sebagai satu pencapaian besar dalam pembangunan negara itu.
Katanya, kereta api Line 6 mempunyai gerabak yang dikhususkan untuk kaum wanita.
Menurut kenyataan Dhaka Mass Transit Company Limited (DMTCL), laluan Line 6 sepanjang lebih 20 kilometer melalui 16 stesen dan menghubungkan zon utara Dhaka dengan pejabat kerajaan dan hospital buat masa ini.
Ia juga akan memendekkan masa perjalanan dari bandar raya itu ke daerah kewangan Motijheel di selatan.
Dhaka merupakan bandar raya terbesar di Bangladesh yang terkenal dengan keadaan trafik yang luar biasa sesak, masalah bagi lebih 20 juta penduduknya.
Menurut data dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lebih 3,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Bangladesh setiap tahun.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Line 6
#Sheikh Hasina
#kereta api Dhaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan