Kereta api tergelincir: Angka korban meningkat kepada 30

Astro Awani
Ogos 7, 2023 00:00 MYT
Laporan awal menunjukkan kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan yang ditetapkan dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Foto REUTERS
KARACHI: Angka korban insiden kereta api penumpang tergelincir di selatan Pakistan pada Ahad meningkat kepada 30 orang manakala 100 lagi cedera.
Jurucakap polis mengesahkan mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan manakala pasukan mencari dan menyelamat masih mencari mangsa yang tersepit di dalam gerabak kereta api.
Ketika kejadian, sekurang-kurangnya 10 gerabak Hazara Express tergelincir berhampiran stesen kereta api Sahara di Nawabshah, kira-kira 275 kilometer dari Karachi.
Menteri Kereta Api Saad Rafiq berkata, laporan awal menunjukkan kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan yang ditetapkan dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Beberapa penumpang masih dilaporkan tersepit di dalam gerabak.
Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran dalam menjalankan operasi menyelamat dan membawa mangsa yang cedera ke hospital kerana lokasi kemalangan yang terpencil.
#kereta api tergelincir #angka korban #gerabak #tersepit