awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta kebal Israel kepung, bom bangunan Hospital Indonesia di Gaza - Pengarah

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2024
04:24 MYT
Kereta kebal Israel kepung, bom bangunan Hospital Indonesia di Gaza - Pengarah
Bangunan Hospital Indonesia di Bait Lahia, utara Gaza, sedang dikepung dan dimusnahkan kereta kebal Israel. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Kereta kebal Israel dilapor sedang mengepung Hospital Indonesia di Bait Lahia, utara Gaza, dan memutuskan bekalan elektrik kemudahan perubatan tersebut.
Tentera Israel telah mengebom hospital tersebut, menyasarkan tingkat dua dan tiga dengan peluru artileri, dan merisikokan kakitangan perubatan dan pesakit, lapor Al Jazeera Arabic yang memetik kenyataan pengarah hospital Dr Marwan al-Sultan.
Wartawan Al Jazeera Arabic di Gaza juga melaporkan tentera rejim zionis itu telah mula merobohkan sebahagian daripada bangunan hospital.
Dr Marwan al-Sultan memberitahu BBC bahawa jabatan penjagaan pascapembedahan telah terkena serangan dan tentera hanya berada kira-kira 20 meter dari bangunan.
Beliau juga melaporkan bahawa tembakan masih kedengaran di sekitar hospital pada malam Isnin.
Sementara itu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata beliau terkejut dengan serangan terhadap hospital tersebut.
Beliau menegaskan bahawa pekerja kesihatan dan orang awam tidak sepatutnya terdedah kepada keganasan sedemikian, terutamanya di dalam hospital.
Maklumat terkini daripada Al Mayadeen dan Quds News Network menyebut bahawa tentera Israel juga sedang mengepung Hospital al-Awda di kawasan Jabalia, utara Gaza.
Tiada maklumat lanjut berhubung kejadian diterima setakat ini.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Hospital Indonesia
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan