OSAKA: Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa.
Kereta terbang satu tempat duduk buatan Lift Aircraft Inc. dari Amerika Syarikat itu terbang selama kira-kira 10 minit. Semasa penerbangan, ia berlegar kira-kira 8 meter di atas tanah dan kemudian dipandu berpusing-pusing, menurut Jiji Press.
Syarikat perdagangan Jepun Marubeni Corp. menjalankan ujian penerbangan itu di padang besbol di Osaka Castle Park dengan kerjasama kerajaan bandar dan wilayah Osaka. Kereta terbang dijangka digunakan secara komersial pada Ekspo Osaka 2025, katanya.
Selepas pendaratan, Masatoshi Kumagai, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif firma teknologi maklumat utama Jepun GMO Internet Group Inc. memberitahu pemberita bahawa kereta terbang "akan menjadikan impian manusia sebagai kenyataan."
"Saya berharap (kereta terbang) akan digunakan secara praktikal di Ekspo dan melakukan yang terbaik," katanya.
Marubeni dipilih sebagai operator kereta terbang bersama syarikat lain termasuk syarikat penerbangan ANA Holdings Inc. dan Japan Airlines.
Penerbangan ujian luar itu akan menyediakan data mengenai tahap bunyi dan kesan angin pada laluan penerbangan yang menghubungkan tapak acara dan parkir kereta terbang di luar bandar raya, selain menimbang langkah-langkah keselamatan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa. - Foto Marubeni
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Kereta terbang berpemandu mulakan penerbangan luar pertama di Jepun
Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa.