DUNIA
Kerjasama ASEAN-EU jalan pintas realisasikan Grid Tenaga ASEAN - TPM
Fadillah berucap semasa sesi panel bertajuk “Menjana Pertumbuhan Ekonomi Hijau ASEAN” pada Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-EU 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berharap agar ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) dapat bekerjasama lebih erat dalam menjayakan Grid Tenaga ASEAN (APG).
Menurut Fadillah, kerjasama tersebut dijalankan melalui bengkel khas dengan tujuan menimba pengalaman daripada EU agar menjadi jalan pintas bagi negara ASEAN melaksanakan APG.
“Perkara ini penting supaya kita dapat belajar daripada mereka mengenai apa yang telah mereka lakukan, masalah yang mereka hadapi dan bagaimana mereka menanganinya, dengan itu ia akan menjadi jalan pintas bagi kita melalui kerjasama dengan EU.
“Ia juga termasuk model kewangan, aspek teknikal, bagaimana mereka menyeragamkan peraturan dan undang-undang, model perniagaan, cabaran atau masalah yang timbul apabila berlaku pertukaran tenaga rentas sempadan, elektrik dan sebagainya,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian semasa ditemui media selepas menghadiri ASEAN-EU Business Summitt di sini, hari ini.
Memorandum Persefahaman (MoU) APG akan ditandatangani semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN yang akan berlangsung pada Oktober.
Fadillah menyatakan bahawa MoU tersebut akan memberi tumpuan kepada salah satu bidang iaitu kebolehoperasian bersama.
“Dengan MoU yang dipertingkatkan, salah satu bidang yang ingin kita beri tumpuan ialah kebolehoperasian, iaitu standard, bagaimana menyeragamkan peraturan dan undang-undang, serta model perdagangan di negara-negara terlibat,” katanya.
Beliau turut mengambil contoh kerjasama perdagangan rentas sempadan yang telah berjalan di antara Laos-Thailand dan Malaysia-Singapura.
“Jika kita boleh meluaskannya ke semua negara anggota lain dan akhirnya apabila semua bersetuju, kita sudah ada model perniagaan.
“Tinggal untuk diperluaskan sahaja serta melihat perbezaan dari segi standard, amalan, dan peraturan di setiap negara anggota... dari situ, kita akan terus laksanakan,” ujarnya lagi.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menetapkan tema “Menjana ASEAN: Merapatkan Sempadan, Membina Kemakmuran” bagi sektor tenaga.
APG adalah inisiatif serantau untuk menghubungkan sistem tenaga elektrik negara-negara ASEAN.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan keselamatan tenaga, mengukuhkan kesalinghubungan, dan mempromosikan kemampanan tenaga di rantau ini.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini