Ringkasan AI
- Indonesia mengesahkan kerosakan ekosistem tanah gambut akibat pembangunan pertanian menjadi faktor utama kebakaran hutan berskala besar di negara itu.
- Jerebu rentas sempadan akibat kebakaran tanah gambut menjejaskan kualiti udara di Malaysia, Singapura dan Timor-Leste, memaksa langkah kesihatan awam diambil.
- Kerajaan Indonesia merancang membina telaga dan memperkukuh pengurusan perairan untuk melembapkan semula tanah gambut, namun pemulihan kawasan terbakar masih terhad.
JAKARTA: Indonesia mengesahkan kerosakan ekosistem tanah gambut akibat projek pembangunan pertanian pada masa lalu menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kebakaran hutan berskala besar di negara itu.
Timbalan Menteri Makanan, Hanif Faisol Nurofiq, berkata aktiviti seperti pembinaan sistem saliran secara besar-besaran telah mengubah keadaan semula jadi tanah gambut di Kalimantan Tengah dan Sumatra Selatan sehingga menjadikannya lebih mudah terbakar.
Menurut kumpulan pemantau alam sekitar Pantau Gambut, daripada kira-kira 24 juta hektar tanah gambut di Indonesia, sekitar 16 juta hektar kini berada dalam keadaan berisiko tinggi akibat penebangan hutan serta penyusutan paras air bawah tanah.
Keadaan itu turut dipengaruhi fenomena El Niño yang menyebabkan cuaca lebih kering di beberapa kawasan.
Di Kalimantan Tengah, bacaan indeks pencemaran udara dilaporkan meningkat ke paras yang sangat tinggi, termasuk di daerah Katingan dan ibu negeri Palangka Raya.
Kebakaran di kawasan tanah gambut sukar dipadamkan kerana bara api boleh terus merebak di bawah permukaan tanah dalam tempoh yang panjang dan menghasilkan asap yang tebal.
Jerebu rentas sempadan turut menjejaskan kualiti udara di beberapa negara jiran termasuk Malaysia, Singapura dan Timor-Leste, yang mengambil pelbagai langkah kesihatan awam susulan kemerosotan kualiti udara.
Bagi menangani masalah itu, kerajaan Indonesia merancang membina telaga dan memperkukuh pengurusan sistem perairan bagi membantu melembapkan semula kawasan tanah gambut yang terjejas.
Bagaimanapun, satu kajian mendapati hanya sebahagian kecil kawasan tanah gambut yang terbakar antara 2015 hingga 2019 berjaya dipulihkan menjadi hutan semula, manakala sebahagian besar kawasan lain telah ditukar kepada ladang monokultur termasuk kelapa sawit.
Susulan keadaan jerebu yang semakin buruk, puluhan penduduk di Palangka Raya mengadakan perhimpunan di pejabat gabenor bagi menggesa tindakan lebih berkesan daripada pihak berkuasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah punca utama kebakaran hutan berskala besar di Indonesia?
A: Kerosakan ekosistem tanah gambut akibat projek pembangunan pertanian pada masa lalu, termasuk pembinaan sistem saliran secara besar-besaran, menjadi antara faktor utama kebakaran hutan berskala besar di Indonesia. - Q: Berapakah keluasan tanah gambut di Indonesia yang berisiko tinggi mengalami kebakaran?
A: Daripada kira-kira 24 juta hektar tanah gambut di Indonesia, sekitar 16 juta hektar kini berada dalam keadaan berisiko tinggi akibat penebangan hutan dan penyusutan paras air bawah tanah. - Q: Bagaimana kebakaran tanah gambut memberi kesan kepada negara jiran?
A: Jerebu rentas sempadan akibat kebakaran tanah gambut menjejaskan kualiti udara di beberapa negara jiran termasuk Malaysia, Singapura dan Timor-Leste, yang mengambil pelbagai langkah kesihatan awam susulan kemerosotan kualiti udara. - Q: Apakah langkah yang diambil kerajaan Indonesia untuk menangani kebakaran tanah gambut?
A: Kerajaan Indonesia merancang membina telaga dan memperkukuh pengurusan sistem perairan bagi membantu melembapkan semula kawasan tanah gambut yang terjejas. - Q: Apakah tindakan penduduk Palangka Raya berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk?
A: Puluhan penduduk di Palangka Raya mengadakan perhimpunan di pejabat gabenor bagi menggesa tindakan lebih berkesan daripada pihak berkuasa.