awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian banjir Jakarta dianggar capai RP20 Trilion

Bernama
Bernama
22/01/2013
13:30 MYT
Kerugian banjir Jakarta dianggar capai RP20 Trilion
Banjir terburuk yang melanda sebahagian besar kotaraya Jakarta sejak minggu lepas, dianggarkan boleh mencapai Rp20 trilion, kata Gabenor Jakarta Joko Widodo (Jokowi).
Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik wang sebesar itu digunakan untuk membina terowong pelbagai guna bagi mengatasi masalah banjir itu, daripada Jakarta terus menanggung kerugian besar akibat banjir.
Terowong itu merupakan penyelesaian banjir jangka panjang dan peruntukan kira-kira Rp16 trilion diperlukan untuk membangunkannya, katanya di sini, hari ini.
"Kalau pembangunan terowong ini dianggap berat dari aspek anggaran, kita boleh ajak pihak swasta untuk turut serta dalam projek ini. Kita ajak mereka untuk membuat pelaburan," katanya.
Jokowi berharap Dewan Undangan Negeri Jakarta akan menyokong usaha membina terowong itu kerana ia merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan kota Jakarta menghadapi banjir.
Jokowi sebelum ini pernah mengumumkan bahawa pihaknya mahu membangunkan terowong pelbagai guna seperti projek terowong Smart (Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya) yang dibangunkan di Kuala Lumpur, Malaysia, dalam usaha mengatasi masalah banjir di Jakarta.
Kejadian banjir di Jakarta itu telah meragut 20 nyawa dan menyebabkan 22,000 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
Topic Berkaitan
#banjir
#Jakarta
#kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan