awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes 1MDB: Penyanyi rap terbit EP 'Elon Musk', umum diri tidak bersalah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/05/2019
09:28 MYT
Kes 1MDB: Penyanyi rap terbit EP 'Elon Musk', umum diri tidak bersalah
Pras Michel kini sedang menghasilkan EP berjudul 'Elon Musk' untuk isytihar dirinya tidak bersalah. -Instagram/prasmichel
Penyanyi Rap terkenal Amerika Syarikat, Pras Michel kini sedang menghasilkan EP bertajuk ‘Elon Musk’ sebagai satu cara untuk mengisytiharkan dirinya tidak bersalah daripada tuduhan menyeleweng dana 1MDB untuk kempen politik di negara Uncle Sam itu.
Pengasas kumpulan muzik terkenal The Fugees itu memberitahu media bahawa EP yang mengandungi sembilan lagu itu akan dilancarkan hujung Jun ini dan kandungannya akan banyak menyentuh mengenai dakwaan ke atas beliau.
“Kini saya sedang menyiapkan EP Elon Musk saya, dan akan keluar bulan hadapan,” katanya sewaktu hadir ke perbicaraan kes beliau di Washington, AS, Rabu lepas.
Pendakwaraya AS berkata Jho Low telah menyalurkan sejumlah AS$21.6 juta (RM90.2 juta) kepada Michel yang kemudiannya memberi AS$865,000 (RM3.6 juta) kepada 20 individu untuk disalurkan kepada jawatan kuasa politik yang menyokong kempen politik Barack Obama sewaktu mempertahankan jawatan Presiden pada 2012.
Jawatan kuasa berkenaan dikatakan telah menyembunyikan identiti sebenar sumber kewangan berkenaan, dan ia dikira satu kesalahan di bawah undang-undang pembiayaan politik Amerika Syarikat.
Michel bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas beberapa tuduhan yang dikenakan ke atas beliau, termasuk konspirasi dan membuat kenyataan palsu.
Sewaktu perbicaraan, peguam bela Michel, Barry Pollack memberitahu Hakim Colleen Kollar-Kotelly bahawa beliau akan melihat semula rekod setebal 60,000 muka surat yang disediakan pihak kerajaan.
Selain itu, Pollack akan cuba memohon agar kesemua tuduhan berkenaan diketepikan atas alasan pihak pendakwa raya mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#AS
#Barack Obama
#Jho Low
#Pras Michel
#The Fugees
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan