awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500

Bernama
Bernama
16/06/2022
04:17 MYT
Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500
Terdapat 504 kes yang disahkan di England, 13 di Scotland, dua di Ireland Utara, dan lima di Wales. - AP
LONDON: Angka jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Britain melebihi 500 kes pada Rabu, lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.
Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memaklumkan pihaknya mengesan 52 lagi kes di England dan masing-masing satu di Scotland dan di Wales - meningkatkan jumlah kes yang disahkan di Britain kepada 524 setakat Selasa.
Terdapat 504 kes yang disahkan di England, 13 di Scotland, dua di Ireland Utara, dan lima di Wales.
"Sesiapa sahaja boleh dijangkiti, terutamanya jika anda mempunyai hubungan rapat, termasuk hubungan seksual, dengan individu yang mempunyai simptom. Pada masa ini, kebanyakan kes berlaku pada lelaki gay, biseksual, atau melakukan hubungan seks dengan lelaki," menurut UKHSA.
Profesor Epidemiologi Penyakit Berjangkit di London School of Hygiene and Tropical Medicine David Heymann berkata: "Adalah penting untuk tidak membuat kesimpulan atau meletakkan stigma kepada kumpulan atau individu tertentu."
"Meskipun risiko keseluruhan kelihatan kecil, semua orang harus terus berwaspada kerana agensi kesihatan awam berusaha untuk membendung wabak itu kerana cacar monyet berpotensi untuk menjejaskan sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti," kata Heymann.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Britain
#penyakit berjangkit
#gay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan