awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes cacar monyet di Colombia meningkat 273

Bernama
Bernama
23/08/2022
03:23 MYT
Kes cacar monyet di Colombia meningkat 273
Pada 26 Julai, Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Colombia meningkatkan tahap risiko cacar monyet daripada sederhana kepada tinggi. - Gambar hiasan
COLOMBIA: Kes cacar monyet di Colombia meningkat kepada 273, dengan kebanyakan kes (227) dikesan di ibu negara Bogota, menurut Institut Kesihatan Negara (INS) Isnin, lapor Xinhua.
Pihak berkuasa Colombia telah menjalankan kajian terhadap 699 kes yang disyaki cacar monyet, 242 kes disahkan bebas jangkitan itu, manakala 184 kes masih dipantau, menurut agensi itu.
Pengarah INS, Martha Ospina, menyeru masyarakat untuk mengambil langkah sewajarnya bagi membendung wabak itu.
"Kita berdepan ancaman yang sama sekali berbeza daripada pandemik COVID-19, tetapi kita tetap berusaha menangani wabak itu dengan kerjasama semua pihak," kata Ospina.
Pada 26 Julai, Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Colombia meningkatkan tahap risiko cacar monyet daripada sederhana kepada tinggi, bagi melaksanakan langkah lebih tegas membendung wabak berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Colombia
#Martha Ospina
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan