BANGKOK: Thailand mencatat 789 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 31, 658 dan 97 kematian.
Kes kematian membabitkan seorang lelaki warga emas tempatan berusia 68 tahun dari Nakhon Pathom dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang meninggal dunia pada 4 April.
Bagaimanapun, semalam doktor merumuskan bahawa dia meninggal dunia akibat COVID-19.
Daripada 789 kes baharu itu, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) memaklumkan bahawa sejumlah 781 merupakan jangkitan tempatan termasuk 522 yang mendapatkan rawatan di hospital dan 259 melalui pengesanan aktif manakala lapan kes import.
"Penularan terkini itu telah merebak ke Bangkok dan 61 daripada 77 wilayah di Thailand. Kluster baharu itu yang dikaitkan dengan pusat hiburan telah menjangkiti 2,697 orang termasuk 1,058 di Bangkok," menurutnya dalam satu kenyataan.
Susulan kenaikan jumlah pesakit COVID-19 di Bangkok dan wilayah berhampiran, kerajaan mengambil langkah membuka hospital medan dalam usaha meningkatkan keupayaan sektor kesihatan.
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mewujudkan hospital medan bagi menampung peningkatan jumlah pesakit COVID-19 di ibu negara.
Gabenor Aswin Kwanmuang berkata hospital medan boleh menampung sehingga 5,000 pesakit dan boleh meluaskannya kepada 10,000 orang.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Leftenan Jeneral Kongcheep Tantravanich berkata kementerian itu bercadang mewujudkan 10 hospital medan di Bangkok dan wilayah berhampiran untuk menyediakan sejumlah 3,000 katil.
Sementara itu, Thailand pada Sabtu menerima sejumlah sejuta dos vaksin COVID-19 tambahan jenis Sinovac.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Thailand Anutin Charnvirakul, menerusi satu hantaran di laman Facebook, berkata vaksin itu akan diagih kepada orang ramai secepat mungkin.
Sementara itu, Pengarah Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) Dr Withoon Danwiboon berkata vaksin itu adalah lot terakhir bagi sejumlah dua juta dos yang dibeli daripada syarikat Sinovac Life Sciences Co Ltd dari China.
Lot pertama iaitu 200,000 dos telah tiba pada 24 Feb lepas manakala lot kedua sebanyak 800,000 dos diterima pada 22 Mac.
Beliau berkata Thailand telah memperoleh sejumlah 500,000 dos tambahan vaksin jenis Sinovac yang dijangka tiba pada akhir April untuk menginokulasi kumpulan berisiko tinggi.
Sementara itu, ahli virologi kanan Universiti Chulalongkorn Dr Yong Poovorawan berkata gelombang baharu COVID-19 di Thailand mungkin mempunyai kaitan dengan 'strain Kemboja' yang didapati menular di negara tersebut kira-kira enam minggu lepas.
Beliau berkata strain COVID-19 yang dikesan di Thailand dalam kalangan pengunjung pusat hiburan malam di Bangkok adalah sepadan dengan strain Kemboja.
"Strain terkini yang dikesan di Thailand tidak sepadan 100 peratus dengan strain British atau lain-lain namun didapati 100 peratus sepadan dengan strain Kemboja," katanya sambil memetik laporan akhbar The Nation.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
Thailand mencatat 789 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas. -Reuters
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.