[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

Kes COVID-19 di Asia meningkat, Indonesia minta rakyatnya waspada

Farhan Hakimi 31/05/2025 | 12:33 MYT
Indonesia meminta rakyatnya berwaspada susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara Asia seperti Thailand, Malaysia, Hong Kong, dan Singapura. - Foto hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Indonesia meminta rakyatnya berwaspada susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara Asia seperti Thailand, Malaysia, Hong Kong, dan Singapura.

Ringkasan AI
  • Indonesia keluarkan amaran berjaga-jaga susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara Asia, termasuk Malaysia dan Singapura.
  • Varian seperti XEC, JN.1 dan LF.7 sedang menular di rantau ini, namun Indonesia belum kesan varian XEC.
  • Kementerian Kesihatan Indonesia gesa hospital pertingkat pemantauan dan masyarakat terus waspada meskipun kes tempatan menurun.

Menurut media tempatan Kompas, Kementerian Kesihatan republik itu telah mengeluarkan surat edaran berhubung langkah berjaga-jaga berhubung perkara berkenaan.
Antara varian dominan yang sedang menular termasuk XEC dan JN.1 di Thailand, LF.7 dan NB.1.8 di Singapura, serta XEC di Malaysia.
Bagaimanapun varian XEC yang kini merebak di Thailand masih belum dikesan di Indonesia.
“Surat edaran ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kewaspadaan terhadap COVID-19 dan penyakit lain yang berpotensi mencetuskan kejadian luar biasa atau wabak,” kata Pemangku Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit, Murti Utami, pada 23 Mei 2025.
Meskipun berlaku peningkatan kes di negara jiran, situasi di Indonesia menunjukkan trend penurunan kes COVID-19.
Pada minggu ke-20, jumlah kes menurun kepada tiga kes berbanding 28 kes pada minggu sebelumnya, dengan varian dominan MB.1.1.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan menggesa fasiliti perkhidmatan kesihatan supaya mempertingkatkan pemantauan dan pelaporan melalui Sistem Kewaspadaan Dini dan Respons (SKDR), serta memperkukuh protokol pencegahan jangkitan.
Antara lain, kementerian turut menekankan kepentingan promosi kesihatan dan kewaspadaan masyarakat, serta memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan rujukan hospital.
#Indonesia #COVID-19 #wabak #Jakarta