awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan Rahmah MADANI lebih kerap mudahkan rakyat beli barangan keperluan asas
Pemenang harap KPM tubuh Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara atasi masalah buli
Selepas United dan Leverkusen, Erik ten Hag kembali ke FC Twente
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 semakin hampiri angka 30 juta

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2020
23:22 MYT
Kes COVID-19 semakin hampiri angka 30 juta
Setakat ini, terdapat 4,803 kes jangkitan COVID-19 di Cuba. REUTERS/Fail
JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melebihi 29 juta kes selepas hampir 300,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan angka jangkitan di seluruh dunia terkini mencecah 29,408,424 dan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.5 juta kes.
Ini diikuti India dengan 4.93 juta kes manakala Brazil pula merekodkan 4.34 juta kes.
Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes sementara Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.
Sementara itu, negara yang melepasi angka 300,000 kes termasuk Chile, Perancis, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.
Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Iraq, Turki, Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.
Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Ukraine, Israel, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador Kazakhstan dan Romania.
Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Argentina
#Bangladesh
#Brazil
#Chile
#Filipina
#India
#Indonesia
#Iran
#Iraq
#Israel
#Itali
#Jerman
#Johns Hopkins University
#kes positif
#koronavirus
#Mexico
#Pakistan
#Qatar
#Rusia
#Turki
#Ukraine
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan