awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 Thailand turun bawah 10,000 dua hari berturut

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2021
01:00 MYT
Kes COVID-19 Thailand turun bawah 10,000 dua hari berturut
Orang ramai beratur di Tokong Wat Phra Si Mahathat bagi menjalani ujian saringan COVID-19. - Foto AP/Sakchai Lalit
BANGKOK: Thailand mencatat 9,869 kes baharu COVID-19, dua hari berturut-turut di bawah 10,000, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara sebanyak 1.66 juta.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand merekodkan 92 kematian termasuk tiga warga Myanmar, menjadikan keseluruhan korban sebanyak 17,203 orang sejak pandemik dikesan Januari tahun lalu.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan memaklumkan Bangkok mencatat kes baharu tertinggi sebanyak 1,244 kes.
Sejak April tahun ini, Thailand bergelut dengan penularan COVID-19 terburuk, mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 23,418 pada 13 Ogos dan korban paling ramai iaitu 312 orang pada 18 Ogos.
Sementara itu, Thailand akan memperoleh 400,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca dari Hungary ketika kerajaan meningkatkan usaha vaksinasi bagi mencapai 70 peratus penduduknya divaksin pada Disember tahun ini.
Selain itu, kenyataan menyebut, kabinet juga bersetuju untuk menerima sumbangan 100,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech dari Iceland dan 356,1000 dos vaksin AstraZeneca dari Jerman.
Setakat ini, Thailand telah memberikan sekitar 56 juta dos vaksin COVID-19 sejak program vaksinasi bermula pada 28 Feb.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Thailand
#kes positif
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan